Nilai Sebuah Pengorbanan

Dulu.. masa kita masih bujang, kita hanya memikirkan kepentingan untuk diri kita sendiri. Termasuklah macamana nak jaga maruah ibu bapa kita, macamana nak sentiasa cemerlang dalam peperiksaan, macamana nak bersosial dengan persekitaran baru, macamana nak jaga hati kawan-kawan kita dan sebagainya. Apa saja yang boleh dibuat demi mencapai hasrat tersebut, kita sanggup lakukannya.. untuk diri kita sendiri.

Kemudian.. kita bergelar isteri. Kita mulai belajar macamana nak jaga hati mentua, macamana nak tunaikan hak suami, macamana nak jalankan tanggungjawab kita sebagai isteri dan sebagainya. Apa saja yang boleh dibuat demi mencapai hasrat tersebut, kita sanggup lakukannya.. demi suami.

Selepas itu.. kita bergelar ibu. Kita mulai belajar erti kepayahan semasa mengandung, ketika dan selepas bersalin. Kita belajar macamana nak membesarkan anak kita dengan penuh kasih sayang. Apa saja yang boleh dibuat demi mencapai hasrat tersebut, kita sanggup lakukannya.. walau terpaksa bertarung dengan nyawa sendiri.

Sedar tak sedar.. anak-anak kita sudah meningkat dewasa. Mereka bukan lagi dibawah kawalan kita. Mereka bebas melakukan apa saja demi mencapai hasrat diri mereka sendiri. Kita hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah dan tidak tersesat dari jalan yang benar. Hati kita semakin lama semakin lemah, semakin mudah merasa cemas. Namun, kita cuba menyembunyikannya dari pengetahuan anak-anak. Apa saja yang boleh dibuat demi mencapai hasrat tersebut, kita sanggup lakukannya.. demi kebahagiaan anak-anak.

Agaknya begitulah yang boleh digambarkan nilai pengorbanan kita dari semasa ke semasa. Sebenarnya, semakin hari kita semakin mulai mengabaikan diri kita sendiri. Tidak salah, tapi biarlah berpada. Bagaimana pula nilai pengorbanan Nabi Ibrahim ketika difirmankan Allah untuk menyembelih anaknya sendiri? Adakah nilai pengorbanan kita setanding dengan beliau?

Jadi, sempena Hari Raya Qurban ini, marilah kita merenung kembali kisah disebalik peristiwa tersebut. Raya Haji bukan semata-mata untuk hantar ibubapa kita ke airport untuk menunaikan haji, bukan semata-mata mendapatkan ole-ole dari Mekah, bukan semata-mata untuk menyembelih seekor lembu..

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin muslimat.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply