Hari Ke-20

Tajuk entri adalah umur Aysha hari ini, bersamaan jumlah hari berpantang yang telah saya lalui. Huhu… 44 hari, terasa macam lambat sangat masa berlalu. Dan ini juga bermakna, saya sudah bercuti selama 25 hari. Setakat ni belum ada keboringan menikmati hari cuti, walaupun tidak bebas keluar ke mana-mana, setiap saat bersama anak-anak dan suami adalah yang terbaik!

9 hari lepas adalah review pertama Aysha. Alhamdulillah.. Semuanya ok! Seperti yang sudah dijangka, Aysha memang ada kuning tapi sikit sangat, tak perlu risau. Hari sebelum tu plak, tali pusat Aysha dah tanggal. Berat badan pun meningkat dari 2.765kg ke 3.15kg, bermakna berat dia bertambah sebanyak 385g dalam tempoh masa 11 hari. Memang dia sangat aktif menyusu dan semakin hari semakin kuat menyusu. O’ya, saya belum update pasal breastfeeding saya kan?

20121118-195332.jpg
Hari pertama, susu tak keluar lagi so, Aysha terpaksa dibawa masuk ke nurseri SMC untuk minum susu formula. Nurse cakap, biasanya ambik masa 2-3 hari untuk badan kita mengeluarkan susu. Tapi, hari ke-4 pun belum ada menyebabkan saya terpaksa buat research skit kat Internet. Macam-macam cara dah try, dah ambik supplement (Alfalfa), dah tuam dengan air suam, semuanya tak jalan. Tapi, yang heran, miss B makin membengkak dan sakit. Hasil dari research, hari ke-5 akhirnya Aysha dapat menikmati susu umi yang lemak berkrim disukai ramai. Yeahh!! Happy giler.. Tapi, masa tu saya dah mula demam, mungkin sebab miss B dah bengkak.

Berikutan kejadian itu, Aysha menjadi newborn baby yang agak unik. Susu badan dia ok, susu formula pun dia ok. Langsung tidak cerewet, puting getah ke puting badan ke.. Semuanya boleh diterima. Alhamdulillah.. Minggu ni dia dah mulai minum susu sebanyak 3 oz. Waduh, nampaknya susu badan saya tertewas lagi. Terpaksa lah saya mixed susu badan dengan susu formula. Huhu..

Alhamdulillah juga.. Aktiviti memilih susu formula untuk Aysha pun sangat senang. Memandangkan dia dah mula minum susu formula dari sejak lahir, sebelum discaj dari hospital, nurse bagi free sample susu Anmum Infacare untuk Aysha. Saya assumed, susu tu lah yang dia minum kat nurseri. Sampai ke hari ni, kami masih bagi dia minum susu yang sama memandangkan tiada alahan atau sebarang efek negative kat Aysha.

20121118-195352.jpg
Salah satu rutin biasa bagi newborn baby ialah tidur berbedung kan? Yang ni pun saya buat research juga kat internet, kenapa perlu bedung? Untuk memastikan kaki dan tangan baby lurus bila dah besar nanti, ini adalah mitos semata-mata. Tujuan sebenarnya adalah supaya baby tidur nyenyak, rasa hangat macam masih dalam rahim ibu dan tidur tidak terkejut-kejut. Untuk Aysha plak, bedung hanya bertahan dalam minggu pertama. Huhu.. Sebabnya saya sendiri tak sanggup tengok dia terikat begitu.

danieL.. Alhamdulillah, menerima kehadiran adik seadanya. Dah pandai tolong ambikkan bantal atau pampers adik. Suka cium adik dia. Cuma satu jer yang susah dikawal, bila Aysha tengah tidur, danieL plak bermain sambil terjerit-jerit. Huhu.. Tapi, itu juga satu perkembangan baru danieL, dia dah pandai main sambil buat skrip perbualan sendiri. Dengan bahasa yang masih pelat, Malay + English. Hihihi..

Keadaan saya plak, Alhamdulillah.. Semua dah pulih seperti biasa. Selepas 3 kali sesi berurut, badan pun dah cergas, peranakan dah kembali ke tempat asal. Cuma pantang makan masih perlu diteruskan, walaupun luka kat luar dah sembuh, kat dalam kita tak tau macamana kan? My next review is next Saturday. Huhu.. Malunya nak jumpa Dr. Krishen, mesti jadi bahan olokan lagi. Haishhh… Review Aysha plak lama lagi, 29 Dec 2012.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply