The Great Doctor (aka Faith)

Drama Korea (of course) yang mengisahkan percintaan antara dua zaman yang berbeza di antara Choi Young (Lee Min Ho) dan Yoo Eun Soo (Kim Hee Sun). Amaran keras buat penonton-penonton yang serius, drama ni sangat fantasy, jadi bersedia lah untuk menerima unsur-unsur ke-tidak-logik-an yang melampau. Hohoho..

Yoo Eun Soo, 33 tahun

Seorang pakar bedah yang hidup pada tahun 2012, sangat teruja dengan kejayaan dan kemewahan. Memandangkan pekerjaan sebagai pakar bedah tidak memberikan pulangan yang lumayan, dia menukar kerjayanya sebagai pakar pembedahan plastik. Dia berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki kaya yang boleh menyokong perniagaannya di masa akan datang. Seorang pakar tilik pernah meramalkan bahawa dia akan bertemu jodoh dengan seseorang dari masa lampau.. sangat-sangat lampau.

Choi Young, 29 tahun

Seorang Ketua Pahlawan Diraja yang hidup pada zaman pemerintahan Raja Goryeo, 700 tahun yang lalu. Pada awalnya, dia adalah rakyat biasa yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Bulan Merah. Kumpulan ini seolah-olah kumpulan ninja yang disegani rakyat kerana menjaga keamanan negara secara sukarela. Namun sebelum kematian ketua kumpulan Bulan Merah, kumpulan ini telah berjanji untuk berkhidmat di dalam istana. Walaubagaimana pun, raja yang memerintah pada ketika itu sangat kejam dan menyebabkan kematian ketua kumpulan Bulan Merah. Selepas tragedi kematian itu, tunang Choi Young membunuh diri kerana menganggap dirinya adalah penyebab kematian ketua kumpulan mereka. Selepas itu, seorang demi seorang ahli kumpulan Bulan Merah terkorban dalam pertempuran dan hanya tinggal Choi Young yang masih bertahan. Hari demi hari dilalui olehnya dengan misi yang sama iaitu untuk  menjaga keselamatan raja dan melaksanakan apa jua titah perintah diraja. Dia tidak mempunyai sebarang keinginan untuk dirinya sendiri. Setiap hari dia merasakan dirinya semakin nazak, menanti hari untuk dipertemukan semula dengan tunangnya yang telah meninggal dunia.

Raja & Permaisuri Goryeo. Kisah percintaan (selepas kahwin) dorang pun sangat romantik!

Pada suatu hari, Puteri Yuan iaitu isteri kepada Raja Goryeo telah mengalami kecederaan teruk dalam suatu pertempuran. Dr. Jang Bin, iaitu Doktor Diraja pada ketika itu mengakui bahawa kecederaan Puteri Yuan tidak boleh diselamatkan lagi. Oleh itu, seorang bangsawan memberi cadangan agar raja memerintahkan Choi Young pergi ke kayangan untuk mendapatkan seorang doktor pakar. Antara percaya atau tidak, titah diraja dikeluarkan dan berangkat lah Choi Young melalui sebuah pintu ajaib.

Setibanya di kayangan (sebenarnya bukan kayangan, tempat tu adalah masa depan), dia akhirnya menculik Yoo Eun Soo dan balik ke zaman pemerintahan Goryeo. Eun Soo berjaya menyelamatkan Puteri Yuan, namun atas pengaruh para bangsawan, raja tidak membenarkan Choi Young membawa balik Eun Soo ke kayangan. Dari sini lah bermulanya babak-babak kehidupan Eun Soo yang penuh dengan trauma dan kesengsaraan. Dalam masa yang sama, Choi Young seperti dirantai dengan janjinya sendiri untuk membawa Doktor Kayangan pulang ke tempat asal.

Melampau bukan?! Seperti yang saya katakan tadi, imaginasi dalam citer ni memang sangat melampau! Tapi, saya layan juga sebab Choi Young sangat hensem. Hohoho..

Sama seperti drama bersiri yang lain, setiap episod diakhiri dengan 1001 teka teki. Kalau citer penuh fantasy macam ni, bukan lagi 1001 teka teki, malah beribu-ribu teka teki akan korang alami semasa tidur. Hahaha… Lebih-lebih lagi bila Putera Buwon iaitu Ki Cheol juga menyimpan peralatan surgeri yang sama seperti yang dimiliki oleh Eun Soo. Peralatan itu dipercayai kepunyaan Hwa Ta, yang juga merupakan doktor kayangan yang datang ke Goryeo berabad-abad tahun yang lalu. Selain itu, Ki Cheol juga menyimpan diary milik Hwa Ta. Diary itu mengandungi nombor-nombor barat yang sukar difahami dan pada muka surat yang terakhir, tertulisnya nama Eun Soo.

Haiishhh.. memang suspen!! Adakah Eun Soo sebenarnya Hwa Ta yang dimaksudkan? Adakah Eun Soo sebenarnya sudah pernah sampai ke zaman pemerintahan tersebut?!

Memandangkan Eun Soo adalah orang yang hidup di masa depan, beberapa fakta sejarah mengenai Goryeo dan Yuan masih terpahat dalam ingatannya. Ini menyebabkan, fakta-fakta ini kadang-kadang tersasul dalam perbualannya, menyebabkan para bangsawan mulai percaya bahawa Eun Soo merupakan Doktor Kayangan a.k.a Pakar Tilik. Perkara ini menyebabkan lebih ramai manusia-manusia tamak seperti Ki Cheol ingin ‘memiliki’ Eun Soo.

Mujur sekali, Eun Soo seorang yang berani dan tidak takut dengan ancaman Ki Cheol. Cerita mengenai masa depan hanya akan diberikan kepada orang yang betul-betul dia percayai, iaitu Choi Young. Malangnya, Choi Young tidak percaya bahawa Eun Soo sebenarnya mempunyai kelebihan ini. Dia menganggap Eun Soo hanya mengada-adakan cerita.

Sehingga lah pada suatu ketika, Choi Young menyedari bahawa dia sudah mulai lupa wajah sebenar perempuan yang pernah menjadi tunangannya 7 tahun yang lepas. Sebenarnya masa tu dia tak sedar bahawa dia sudah mulai menyimpan perasaan terhadap Eun Soo. Hari demi hari, Choi Young bukan lagi seorang yang nazak, tetapi dia sudah mempunyai matlamat hidup yang lebih bermakna, iaitu untuk melindungi raja dan wanita yang dicintainya, Eun Soo.

Jadi, siapa Eun Soo?? Adakah Eun Soo sememangnya pernah sampai ke zaman pemerintahan Goryeo sebelum ini dan pernah menjadi tunang Choi Young di kehidupan yang lepas?

Ermmm.. Persoalan saya masih belum terjawab. Ada lagi tinggal 7 episod saya nak layan malam ni. Hehehe…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply