Persediaan Bersalin

Baru jer nak start buat script (programming), tetiba terbaca status kawan berkenaan Energizing Soy Protein (ESP) keluaran Shaklee. Member ni siap share review kat blog dia, bole baca di sini ya. Lepas baca review dia, terus rasa macam nak update blog gak. Hohoho.. Tertangguh lagi lah script saya tu.

Actually, saya takde pengalaman pun ambik produk tu. Baru minggu lepas terbaca review-review kat Facebook, pastu tanya ofismate yang pernah ambik produk Shaklee untuk breastfeeding. Kawan ni pun tak pernah ambik ESP, dulu dia ambik Alfalfa Complex untuk breastfeeding gak, tapi kalau ambik sekali dengan ESP, lagi mantap!! Begitu lah menurut si kawan.

Jadi, kebetulan last Saturday is my review kat SMC, ajaklah hubby singgah stokis Shaklee kat area-area SMC tu. Sebelum tu, sempat call orang-orang kuat Elken, kalau-kalau lah Elken ada jual produk seumpama itu. Malang sekali, orang tu suggest makan betik muda untuk tambahkan air susu badan. Huhuhu.. Maknanya, Elken takde jual la tu. Adedeh.. Nak tak nak, bertambah lagi koleksi membership kami. Kali ni jadi member Shaklee plak semata-mata nak beli ESP dan Alfalfa Complex tu. Kui kui kui..

Hopefully, produk ni membantu usaha saya nak fully breastfeed konon. Apa-apapun, disebabkan saya belum ter-beranak lagi sampai ke hari ni, saya takde modal nak share apa-apa review berkenaan produk ni yer. By the way, last review, berat badan saya naik 100 gram jer dari bulan lepas. Miahahahaha… Kesiannya.. Padahal selera makan memang dah tak dapat dikawal lagi skang ni. Dan dalam masa yang sama, aktiviti ‘membuang’ juga sukar dikawal dan diramal.

Tanda-tanda bersalin?? Soalan famous yang saya terima buat masa ni. Jom buat ulangkaji skit..

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis : Dah rasa ringan sejak 12 hari lepas.

Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan : Sakit semakin kuat terasa sejak semalam.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing : Sejak seminggu yang lepas.
  • sakit perut, memulas : Sejak semalam mulai memulas.
  • kerap buang air besar : Sejak seminggu yang lepas, membuang 2 kali sehari.
  • kerap terkentut : Hahaha.. yang ni macam jarang-jarang.

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis : Semalam? Tapi, tak sure adakah itu yang dikatakan ‘gam lekang’.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital : Belum

Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda : Sejak seminggu lepas.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital : Belum dan diharap-harapkan.

Kontraksi

  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.

Belum ada kontraksi lagi, setakat ni cuma Braxton Hicks.

So, last review mengadu la kat doctor betapa saya sudah sangat bosan menanti hari nak bersalin. Then, doctor bagi jawapan yang SANGAT 18SX. Adehh.. menyesal plak tanya soalan tu kat doctor. Hohohoho..

Bismillahirahmanirrahim

Ya Allah..
Peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam rahim ku dan sihatkanlah dia. Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu.

Ya Allah..
Bentukkanlah dia yang ada di rahim ku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul Mu.

Ya Allah..
Keluarkanlah dia dari rahim ku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah..
Jadikanlah dia sihat, sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah..
Panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.

Amin Ya Rabbal ‘Alaminn

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply