Nak bersalin dah ke?

Tiga malam yang lepas, seperti biasa saya mengalami sindrom tak nyenyak tidur, tapi kali ni rasanya pengalaman yang paling teruk. Biasanya saya boleh tidur nyenyak dalam masa 4-5 jam yang pertama, tapi kali ni dari jam yang pertama sehingga ke pagi, saya langsung tak dapat tidur. Baby dalam rahim begitu aktifnya bergerak, rasa sempit sangat kut. Kesian baby… Apakan daya, keluasan rahim ni bukan dibawah bidang kuasa kita kan? Huhu.. Saya pun sama lah juga, terpusing sana, terpusing sini, cuba mencari posisi yang selesa untuk tidur.

Sehingga ke siang hari, seperti biasa selepas lunch saya akan rasa mengantuk, tapi kebetulan hari tu saya diarahkan pegi ke pejabat MAMPU untuk majlis penghargaan. So, tak dapat lah melayan rasa mengantuk. Penat sangat, masa driving pun rasa macam nak terlelap. Huhh?! Lagi sebulan nak bersalin, masih boleh driving sendiri? Well.. Begitu lah hakikatnya. Lagipun rumah dan ofis tak jauh sangat, so boleh lagi lah.

Malam berikutnya, baby masih lagi aktif bergerak. Sehingga terdetik dalam hati, baby ni girl ke boy? Aktifnya mengalahkan danieL masa dalam rahim dulu. Huhu.. Kalau boy, terpaksa juga lah dia pakai rompers pink yang baru dibeli hari tu. Hahaha.. Hari tu scan, 3 kali review, memang doktor cakap girl tapi, review yang seterusnya dan yang terkini, doktor cakap, “no show!!”. Ermm.. Berserah aje lah..

Kerana tak tahan sangat rasa sakit dan memulas-mulas, saya pun sapu perut dengan minyak selusuh yang mentua kasi. Motif?? Entah, untuk gantikan minyak angin kut. Hahaha.. Pesan mentua, jangan minum atau sapu minyak selusuh tu terlalu awal, nanti terberanak awal plak. Tapi, memang tak tahan dah ni, nak sapu juga!!

Sebelum tidur, seperti biasa saya akan cuba mencari posisi yang sesuai. Sekali pusing, aikkk.. Baby dah senyap. Lima minit berlalu, saya mulai risau. Tapi, rasa mengantuk tu dah tak tertahan, akhirnya saya tidur nyenyak sepanjang malam, tanpa merasa sebarang pergerakan dari dalam rahim.

Pagi berikutnya, baby masih senyap. Huhu.. Risau ok!! Masa mandi, rasa perut ni ringan semacam jer. Masa driving ke tempat kerja, Alhamdulillah.. Akhirnya baby bagi tendangan ‘Selamat Pagi’ yang agak kuat. Huhu.. Baru lega rasa hati. Agaknya semalam dia pun tidur nyenyak kepenatan kut, atau kerana sudah mengalami terapi minyak selusuh. Hahaha..

Menjelang tengahari, hubby datang ofis ajak lunch sama-sama. Eh, sejak kebelakangan ni, hubby memang rajin sangat datang, boleh dikatakan setiap hari. Mungkin sebab dia tengah siapkan projek yang berdekatan dengan UMS, so senang lah nak singgah ofis saya.

Kami makan kat KoKi Bandung, saya order Ayam Pukul dan Cendol Japrah. Sedang menikmati hidangan, tetiba terasa sakit di bahagian bawah abdomen, mengeras, macam senggugut kut. Alamak, nak terberanak dah ke? Ishhh.. Takkan lah kut. Hubby cakap mungkin sebab makan makanan pedas. Ermmm.. Sebelum ni makan pedas ok jer. Dalam 10 minit gitu, rasa sakit pun hilang.

Menurut pakar, ada 2 jenis tanda-tanda awal nak bersalin. Pecah air ketuban atau keluar lendiran darah. Tapi, mengikut statistik, hanya 30% wanita mengandung yang mengalami pecah air ketuban di peringkat awal. Dulu, saya tak tau pun statistik ni, ingatkan kebanyakannya pecah air ketuban dulu. So, sebelum nak bersalin, saya selalu imagine (visualize) proses bersalin saya akan bermula dengan pemecahan air ketuban, dan akhirnya imaginasi saya tu jadi kenyataan.

Selepas saya dapat tau statistik tu, saya dah tak boleh berimaginasi yang sama dengan konfiden. Haishh.. Menyesal plak buat research, kan? Malah, kali ni saya langsung tak tau macamana nak bayangkan situasi masa nak bersalin nanti. Bila nak bersalin? Weekend ke weekdays? Malam ke siang? Sape nak jaga danieL? Sape ahli keluarga yang akan sampai dulu? Huhu.. Berdoa dan tawakkal saja lah. Apapun, saya harap dapat bersalin secara normal dalam bulan Oktober ni, mungkin selepas minggu ke 36. Amin..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply