Cuti Bersalin

Wahhh!! Tetiba je terlebih excited, sampai tak sabar nak update dalam blog, sebaik sahaja bos bagi green-light untuk mula bercuti besok. Huhuhu.. Walhal, rasanya semua orang (termasuk lah bos) dah naik muak tengok muka saya masih lagi datang ofis sampai hari ini. Setiap pagi menerima sapaan yang sama dari ofismate, “eh, belum beranak lagi?”.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, ok! Kalau ikutkan hati, memang saya tak nak bercuti selagi belum ada tanda-tanda nak bersalin, sebab.. takut keboringan duduk kat rumah. Tapi, sejak akhir-akhir ni, duduk kat ofis pun macam keboringan juga. Kalau cuti, mungkin boleh jalan-jalan shopping kat 1Borneo, buat kek (eh, tiba-tiba plak!). Lebih-lebih lagi, assistant saya dah mulai bekerja sejak 20hb hari tu. So.. saya rasa saya patut pegi spa la lepas ni.. (eh, mengarut lagi ni!), getting a new haircut.. maybe!

Sementara baby aktif di dalam, umi pun mau aktif juga diluar 😛

Actually, saya excited ni bukan apa. Bukan sebab bos dah bagi green-light, sebab bos pun memang dah tak mengguna-pakai saya kat ofis. Tapi.. sebab saya dah berjaya mengubah keputusan, saya dah berjaya memujuk hati sendiri untuk bercuti awal. Adooiii.. Rupa-rupanya, bukan senang nak memujuk hati sendiri kan? Lepas dapat persetujuan bos, terus saja update status FB. Wahhh.. sepantas kilat dapat LIKE bertubi-tubi. Huhuhu.. Rupanya ramai yang tak sabar nak suruh saya berambus dari ofis.

Hehehehe.. bergurau ajer lah! Anyway, buat pembaca blog saya yang setia, doakan saya agar selamat melalui proses sebelum, semasa dan selepas bersalin nanti dan kalau boleh, biar lah dalam masa terdekat ni yer. Untuk semua ofismate, semoga kita dipertemukan lagi pada 21 Jan 2013, Insya-Allah.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply