Counting days..

Jumaat lepas, sebelum bertolak balik, saya dah kemas ofis saya ni macam la next week dah start bercuti. Adehh.. Nampaknya hari ini, I’m still here.. Belum meletop lagi!! Serius.. memang saya keboringan menunggu saat itu. Dalam masa yang sama, saya tak nak juga baby dalam perut ni rasa kelam kabut plak nak keluar.

“Kalau belum ready, relax la dulu dalam rahim umi ni, yer nak.. tapi, jangan lama-lama tau. Macam abang kau dulu, lagi sehari nak masuk 36 minggu, dia dah tak sabar-sabar nak keluar. Kurang sabar la katakan.. Ngehehe…”

Hampir hari-hari saya berkomunikasi dengan baby dalam rahim ni dengan ayat di atas. As recommended by babycenter.com, kalau keboringan menunggu saat bersalin, bercakap lah dengan baby. Tapi, setiap kali tu jer la yang saya nak bagitau kat dia. Hohohoho..

Seriously.. dah banyak kali juga khatam membaca e-artikel berkenaan tanda-tanda nak bersalin. Padahal, bukan takde pengalaman pun, tapi… orang kata, lain baby, lain la pengalamannya kan? Yang lebih pelik bin ajaib, semakin hari semakin rasa bertenaga la plak. Aiiihh.. Bila nak bersalin ni?!..

Semalam, masih bertenaga menemankan danieL bermain selama 2 jam lebih di Suria Sabah. Meh tengok apa aktiviti danieL dalam playground tu.. Jomm!!

memanjat

menggelongsor

menembak ala-ala PRO kunun..

photo snapping!! NO??! Ohh ok..

membaling

Errr.. Ni aktiviti apa plak danieL??

bergendang

melompat-lompat dan bergayut

Ok penat.. Jom pulang!!

Pagi tadi, seawal pukul 6.30 pagi, mesin vacuum saya dah berbunyi. Kesian la bagi jiran-jiran yang tengah nyenyak tidur tu. Memang rimas sangat bila tengok rumah bersepah, setiap saat rasa macam mau mengemas dan membersih saja, kononnya sebagai persediaan sebelum nak bersalin. Aiiihh.. Bila nak bersalin ni?!..

Sejak kebelakangan ni plak, asek berkahak jer tekak saya ni. Memang musim ker? Sebab tu setiap hari selain ambik vitamins dari SMC dan Pil Salindah, vitamin C pun perlu ditelan 2 kali sehari. Sindrom batuk-batuk dah mula timbul, suara pun dah macam Ella Raja Rock. Hopefully tidak mengganggu proses meneran nanti. Huhuhu..

Ramai gak yang suggest mula bercuti minggu ni. Huhhh??!! Buat apa? Menambahkan lagi rasa keboringan?! Oh tidakk!! 😛

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply