Bersalinkan Aysha

27 Oktober 2012

Sepanjang malam rasa sakit perut mengeras. Tidur pun tak selesa. Dalam hati memang dah bersedia kalau2 bersalin esok.

28 Oktober 2012

5.35 am : rasa nak terkencing tak tertahan. Masuk toilet, seluar kecik dah basah beserta beberapa titik darah. Aiik?? Ketuban pecah ke.. Lendir darah? Lepas kencing, air masih mengalir tak dapat di kawal. Sah, pecah ketuban lah ni!!

5.42 am : kejutkan hubby, danieL masih tidur nyenyak.

5.50 am : hubby bersiap, saya dok fikir nak masak nasi goreng dulu untuk breakfast. Baru nak cari bahan, sakit senggugut. Eh, tak boleh jadi ni, kena bersiap cepat ke hospital.

6.00 am : kejutkan my assistant, mel dan mandi.

6.20 am : saya dan hubby bertolak ke SMC.

6.53 am : hubby cari parking, saya pegi kaunter pertanyaan, nak tau bilik emergency kat mana? Maklum la hari Ahad.

7.05 am : masuk labour room. Salin pakaian dan CTG. Baby ok, kontraksi masih di bawah 30.

8.00 am : breakfast dengan tausa pau saja.

8.15 am : cek bukaan, baru 3cm. Start ambik pil Salindah B6 selang 15 minit. Kontraksi sudah mencapai 34.

10.15 am : Dr. Krishen datang cek bukaan lagi. Huhh?!! Masih juga 3cm? Like I can’t believe it.

12.15 pm : kontraksi sudah mencapai 93. Bukaan 5cm. Masa ni nurse dah offer, “mau ubat tahan sakit? Tapi nanti rasa mengantuk skit la”. Dengan selamba saya menjawab, “tidak mau!! Nanti saya tak dapat teran”.

01.15 pm : kontraksi 101. Bukaan 7cm, tapi kepala baby masih jauh dalam rahim. My mom dah sampai dari Ranau. Masuk sekejap jer lepas tu tak tahan, my mom lepak kat luar.

02.15 pm : Dr. Krishen arahkan nurse masukkan sejenis ubat melalui tiub untuk bantu tolak baby turun. Bukan induce yer.. Induce tu kalau takde bukaan langsung. Tapi, sakit dia tak tau la, sama kut. Sakit ok!! Kontraksi mencapai 116, tapi belum boleh meneran, so memang tak tahan sampai terjerit-jerit dan tercirit. Aduh, malu sgt!! Padahal sebelum tu dah kena cucuk ubat berak dan sudah berjaya membuang sebanyak 2 kali. Dari pukul 12 lebih tadi main tarik tali dengan hubby, nasib baik kuku tak panjang, kalau tak konfem calar. Setiap kali kontraksi datang, rasa kejang seluruh badan!!

Saya minta nurse bawa my mom pegi tempat jauh dari labour room, sebab tak nak dia dengar saya terjerit-jerit. Tapi, my mom said, jauh macamana pun dia masih boleh dengar suara saya. Huhu..

02.30 pm : Dr. Krishen datang, bersedia untuk keluarkan baby. Dia pegang jarum yang panjang, cepat-cepat saya tanya, “Doctor mau jarum? Kenapa?”. Doctor ckp, “Supaya nanti kalau gunting tak sakit”. “Apa? Gunting? Jangan la gunting, doctor”. “tak boleh.. Kali ni baby you besar dari dulu. Boleh ok? Tahan skit jer”. Hahaha.. Dan macam-macam lagi la soalan cepumas yang keluar dari mulut saya ni, setiap gerak geri doctor dipersoalkan. Nasib baik dapat doctor yang sangat-sangat supportive. Setiap soalan saya dijawab dengan sabar dan berhemah.

02.42 pm : Alhamdulillah.. Suara tangisan baby kedengaran nyaring. Amboi.. Mentang-mentang baby girl kan? Nyaring giler suara dia. Tak macam abang dia dulu, senyap and macho jer. Hahaha…

20121029-100714.jpg

02.50 pm : proses pengambilan stem cells dari tali pusat baby berakhir, bermula proses pengeluaran plasenta dan jahit menjahit. Doctor suruh main FB dulu sementara dia menjahit, sebab tu kawan-kawan semua dapat berita exclusive, hot from the oven. Hubby plak dah dibenarkan melaungkan azan dan iqamah ke telinga baby.

Doctor juga kuarkan ketulan darah sebesar tapak tangan dia, dipercayai darah yg masih terperangkap masa pregnancy kali pertama dulu. Banyak ok!!

03.30 pm : dipindahkan ke wad 320A. Masa bangun dari katil, ada rasa nak pitam, pening giler!! Lepas tu, makan nasi, sup ayam dan air milo skit, sebab nak cuba bagi baby susu badan. Masa ni baby dah siap dibersihkan dan baru dapat tau berat baby ialah 2.765 kg. Well, as expected.. Memang belum ada susu badan, baby tak kenyang, nurse terpaksa bagi supplement kat baby.

06.00 pm : nurse suruh cuba buang air kecil. Masa ni hubby pulang rumah sekejap, ambik toto dan selimut extra untuk dia pakai malam ni. Dalam toilet, ditemani seorang nurse yang sangat baik, malu juga sebab dia yang tukarkan semua pad dan pakaian. Tetiba rasa nak pitam, nurse suruh duduk je atas toilet bowl, tunduk kepala dan mata tertutup. Sedar tak sedar, saya dah tertidur kat situ, dalam pelukan nurse. Bila sedar, pakaian saya dah ditukar, dah ada 2 orang nurse dalam toilet tu. Saya dihantar semula ke katil dengan kerusi roda. Aduhh.. Rasa macam terlalu dimanjakan. Seingat saya dulu saya tak rasa nak pitam macam ni, adakah kerana saya dimanjakan oleh nurse atau saya memang dah mengalami kehilangan darah yang banyak?

Dan begitu lah alkisah pengalaman sy bersalin anak kedua, tapi buat pertama kali kat swasta. Jahit memang tak rasa langsung, tapi sakit meneran, Tuhan saja la yang tahu!! Saya rasa alignment badan ni pun dah banyak yang lari.

Alhamdulillah.. Kali ni bukaan agak cepat, mungkin sebab ambik produk Salindah, biiznillah.

Kalau nak buat perbandingan, bersalin kali ni memang lebih sakit dari yang dulu. Orang kata, bersalin anak pompuan, sakitnya lama skit, tak tau la betul ka tidak. Apapun, saya rasa sangat bersyukur kerana telah dianugerahkan sepasang anak dalam usia ini. So, next baby? Rehat-rehat lah dulu ok, saya masih trauma lagi ni. Huhu..

Apapun, terima kasih atas doa kawan-kawan semua. Memang rasa teruja sangat baca komen-komen dari semua, seolah-olah satu dunia bagi harapan dan semangat.

20121029-101304.jpg

Untuk suami, terima kasih diatas kesabaran melayan karenah isteri yang cerewet. Beberapa kali juga terkasar bahasa semasa sakit menyerang, minta maaf banyak-banyak abang. Terima kasih juga buat semua yang terlibat sepanjang proses bersalin, nurse, doctor dan keluarga.

danieL.. Mungkin masih belum dapat menerima kehadiran aysha, tapi saya yakin lama kelamaan dia akan faham juga. Kasih sayang umi dan abah tak pernah berkurang untuk danieL ok, sayang..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. emi says:

    kesian danieL….

Leave a Reply