34 weeks 3 days

Yup.. tajuk entri adalah usia kandungan saya yang terkini. Semakin hari semakin hampir masa untuk bersalin. Nervous?? Mestilah!! Tapi, rasa tak sabar nak menyambut kehadiran baby melebihi perasaan nervous tu. Jeles jer tengok member-member yang dah selamat melahirkan. Panic? Alhamdulillah.. tidak panic lagi buat masa ni. Semua persediaan sudah boleh dikatakan lengkap 90%.

Last review, keputusan HB agak mengecewakan iaitu 9.6. Doctor cakap, I’m naughty sebab tak nak makan vitamins yang dia kasi. Huhu.. memang sepanjang hamil kali ni, baru sekali makan vitamins tu. Bukan sebab lupa, tapi sebab bentuk fizikalnya yang besar, susah nak telan. Masa pregnant-kan danieL dulu, bukan main rajin lagi saya makan vitamins yang hospital kerajaan bagi, walaupun kena makan 4 biji sekali, tapi saiznya yang comel-comel belaka menyebabkan saya takde masalah nak menelannya. Hasilnya, keputusan HB saya sentiasa cemerlang iaitu 11-13 gitew.. cantik kan?? Lorrr.. Kali ni, baru turun 9.6 pun doctor dah panic semacam!! Tu pun sebab tak pernah makan vitamins, kandungan pun dah masuk 8 bulan. Relax lah doc.. Lepas ni saya makan vitamins hari-hari, bagi result tu naik ke 11 yer.. Hohohoho.. Macam senang jer cakap kann??

Doctor cakap, “This baby is going to have a normal weight which is 3.0kg++”. Nampaknya, tanpa sebarang supplement, kecuali Salindah, baby masih boleh membesar dengan meriah sekali. Padahal, berat badan saya baru naik 5.5kg. Remember, berat danieL dulu cuma 2.25kg tau. Anyway, itu hanya jangkaan doctor kan? Lepas ni kena buat review 2 minggu sekali ok! Yeahh!!

Alhamdulillah, memang rezki baby kut.. dah nak dekat-dekat due ni, ada plak Parenting Expo kat 1Borneo. Hari pertama pegi, terus disergah oleh Anmum. Saya ni bukan lah anti sangat nak minum susu, saya tau sangat kepentingan calcium dalam badan lebih-lebih lagi kalau tengah pregnant ni, tapi.. setiap kali saya minum susu tepung, mesti kena gastrik. Sebab tu saya lebih suka minum susu kotak Dutch Lady tu, at least ada gak la calcium skit. Hari kedua pegi, berkenal-kenalan plak dengan “Abbot Calcium Milky Chew”, juga menyumbang calcium dalam badan, tapi dalam bentuk yang lebih menarik iaitu gula-gula coklat. Beli, jangan tak beli. Sedap tau!!

Aktiviti danieL kat expo. Selepas lebih kurang 30 minit bermain, kami panggil dia, “danieL.. jom pulang!!”. Terus saja dia keluar dan pakai selipar, sambil bertanya, “Sudah bayar?”. Anduuhh.. cumil bah!! Hahaha..

Kat Parenting Expo juga, kami dah sign up untuk stem cells collection di bawah company yang bernama StemLife. Korang mungkin dah pernah dengar citer berkenaan stem cells collection ni, tapi bagi kami plak, ianya masih terlalu asing. Memandangkan tahun lepas hubby pernah cakap nak buat more investment on health, so saya terus saja sampaikan new knowledge ni kat hubby. Hari kedua, terus saja kami sign up. Semoga usaha ni ada kebaikannya di kemudian hari. Kalau ada sesape berminat nak sign up, saya boleh tolong refer-kan. Hehehe..


Lepas sign up dengan StemLife, dapat voucher Parkson Ria sebanyak RM 150. Woahh, Banyak tu! Shopping lagi untuk baju baby!!

Selain tu, kat expo juga saya dah beli breast pump dan bantal untuk breastfeeding. Hohoho.. Macam mengada-ngada plak nak beli bantal tu kan? But, seriously.. Mengikut pengalaman lepas, ianya memang satu keperluan ok! Boleh jer pakai bantal tidur tu, tapi keselesaanya mungkin berbeza la kut. Yang breast pump ni plak, memang dah lama dalam dilema, brand apa yang nak beli? Sebelum ni memang tak pernah beli yang berjenama, dulu BF danieL sampai 4 bulan jer, sebab tak terdedah dengan galakan dan sokongan moral yang mencukupi. Kali ni nak berusaha lebih skit, sekurang-kurangnya dapat BF setahun, ok la tu. Breast pump yang di beli ialah Rumble Tuff, banyak review positif dari pengguna dan harganya takde la gempak sangat, so ok la tu… Hopefully, dapatlah menyumbang kepada tumbesaran baby.


Rumble Tuff Duo Electric Breast Pump + Cooler Bag. After discount RM 393.


BF Pillow. Hari pertama, harga dia RM 96++. Hari kedua dah naik jadi RM 112.20. Huhu.. Menyesal tak beli masa hari pertama.

Selesai sahaja urusan di expo, pencarian barang-barang baby diteruskan ke Kids Avenue. Beli apa? Huhuhu.. Macam-macam!! Maklum lah, bila dah masuk kedai baby ni, terus jadi rambang mata. Hajat asal nak beli set comforter untuk Baby Court jer. Sekali dah sampai sana.. lihat lah sendiri hasilnya!! 😉

Comforter Set

Bath tub with stand

Baby swing

Baby car seat for Fortuner

Baby car seat for Atos

Adehhh!! Berpeluh!! Takkan tak cukup-cukup lagi kut??! Sudah-sudah la tu.. Jom pulang rumah! 😉

Sepanjang Ahad, aktiviti mengorek pakaian-pakaian lama danieL diteruskan. Tak sangka banyak juga hasil korekan. Hohoho.. Baju tidur 10 pasang, baju jalan 6 pasang, baju rumah 6 pasang juga, stokin kaki dan tangan tak terkira banyaknya, topi 5 helai, kain lampin 2 katon (ntah guna ke tidak tu), kain bedung 2 helai dan sehelai kain selimut. Barang-barang mandian semua masih boleh share dengan si abang.

20121002-075130.jpg

Pakaian baru untuk 2 bulan pertama

20121002-075146.jpg

Pakaian lama 0-6 months

Alhamdulillah.. semua dah cukup! On my list, ada 3 jer lagi barang yang perlu dibeli:

  1. Pati ikan haruan
  2. Jamu Selapan Mustika Ratu
  3. Huggies Newborn

Berbeza dengan pengalaman lepas, kali ni saya berpantang di rumah sendiri, sebab tu accessories harus lengkap. Berharap sangat agar dalam tempoh beberapa minggu jer lagi ni, saya dapat hire sorang assistant untuk sepanjang masa berpantang tu. So, kalau ada sesape nak keja sementara 3 bulan, inform saya ya.. Hehe..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. stella says:

    mana puan beli rumble tuff tu? trm ksh

Leave a Reply