Our last day of Aidilfitri 2012

Memang agak lama juga saya menyepi kan? Huhuhu.. sejak kebelakangan ni macam tidak berkesempatan nak ‘meroyan’ dalam blog ni. Setiap hari bagaikan hari yang penuh dengan ke-panic-an. Bermula dari May, sibuk pindah rumah, then June – July sibuk mengemas dan me-repair rumah, kemudian Ramadhan on August sibuk mencari-cari resepi untuk di-try, September datang untuk sambutan Hari Raya dan Hari Lahir danieL. Ohhh.. sibuk banget!! Itu belum ditambah dengan aktiviti bebanan kerja ofis ok..

Di ofis plak, ntah kenapa orang suka sangat bawa saya ‘terbang’ ke sana sini, dalam keadaan diri ini yang semakin ‘membesar’. Jadi penceramah sana sini, rasa glamer la plak!! Banyak juga kerja yang pending, banyak juga meeting yang terpaksa di-skip. Ohhh.. memang betul-betul tidak larat memenuhi kehendak semua. Minggu ni dah nak masuk 33 weeks, kalau ikut sejarah, kandungan saya ni memang sekejap jer, dalam 36 weeks jer.. So, saya perlu bersedia sebab ada lagi tinggal 3 minggu kan??

Dalam 3 minggu ni, kena buat penyerahan tugas kepada si pemangku. Adeh.. macamana tu? Isi borang pemangkuan pun belum lagi ni. Tak reti la nak menyerahkan tugas kepada orang lain..

Ohh.. Nampaknya September belum berakhir. 25hb nanti ada tetamu istimewa dari KL akan bertandang ke rumah, iaitu my sister and family. Kebetulan 26hb plak my mom’s birthday!! So, kitorang plan nak celebrate kecil-kecilan di rumah saya. Of course semua adik beradik lain kena turut hadir. Another busy day for me, yeahhh!! I’ve got no worries sebab adik beradik semua boleh tolong kan kan kan?? Hehehehe…

Apapun, Oktober will be coming soon.. I need to do more preparations for the baby! Baju-bajuan dah beli sikit-sikit, sekadar menghilangkan rasa gusar di hati. Selepas ni aktiviti mengorek pakaian lama danieL perlu dimulakan. Baby court perlu standby juga. Then, selamat berpantang.. to myself!! Ehehehe..

Ehh.. apa yang saya melalut ni??

Actually dalam entri ni just nak share gambar-gambar yang sempat diambik masa open house rumah saya hari Ahad lepas. Enjoy!!


“Majlis diraihkan sekali dengan rumah terbuka Aidilfitri dan house-warming. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ;)”

From danieL’s 3rd birthday, posted by Abby Misaha on 9/19/2012 (20 items)

Generated by Facebook Photo Fetcher


Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply