Thankful Thursday

Kemarin, sampai je kat rumah.. hampir lima minit saya mendiamkan diri di luar rumah, melihat sekeliling rumah yang sudah jauh berbeza dari yang asal. Kemudian, saya masuk rumah, lagi big surprise sedang menanti di dalam rumah!! Honestly, saya terkejut, tak tau nak kata apa, sebab saya sorang jer pun dalam rumah. Hubby masih on the way ambik danieL dari rumah pengasuh. Dalam hati tak habis-habis mengucapkan kalimah syukur kepada Allah atas nikmat rezki yang diberikan-Nya. Saya terduduk lagi di atas sofa..

Diam..

Muhasabah diri…

Terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kami sekeluarga, terlalu banyak kelebihan yang telah Dia berikan kepada saya. Masa tu juga saya rasa nak ambik iPad, nak buat entri pasal betapa rasa bersyukurnya saya masa tu. Kalau boleh, saya nak senaraikan satu-persatu perkara-perkara yang membuatkan saya rasa bersyukur.. tapi.. sampai bila nak tulis? Memang takkan habis!! Terlalu banyak!!

Hari ni, saya melupakan hasrat untuk buat entri tu. Tapi, tetiba plak ada kawan share photo kat atas ni. Ermm.. Not bad. Thankful Thursday huhh!! Sebelum ni kita dah ada Wordless Wednesday, so yang ni Thankful Thursday plak. Memang lah hari-hari kita kena bersyukur, bukan pada hari Khamis sahaja. Tapi, sedarkah anda, dalam kesibukan kita mengejar dunia, kita lebih banyak merungut daripada bersyukur? Jadi, apa salahnya ambik masa sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk mengimbas semula detik-detik indah yang pernah berlaku dalam hidup kita yang patut kita syukuri. Jommm… 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply