Persiapan raya

Kemarin, semasa tengah driving dalam kereta, terdengar lah perbualan dalam radio di antara DJ dan pemanggil-pemanggil telefon. Topik yang dibincangkan pada petang tu ialah berkenaan persediaan raya. Macam-macam la versi persiapan dorang-dorang ni. Tiba… tiba… Terdengar satu suara bertanya pada saya:

“Persiapan raya kau macamana?”

Blurr……….

Tiada jawapan diterima dari kotak fikiran.

Ok. Should I be panic right now??

Ahh.. sudah!! Tiba-tiba kena panic attack!! OMG!! Lagi baper hari nak raya ni?

Nak raya dah ker?? Baju raya hubby, mana? Baju raya danieL, mana? Baju raya saya, mana?

Biskut  raya?? Alamak, orang datang beraya, nak bagi makan apa??

Duit raya?? Alhamdulillah, dah standby. Itu pun nasib baik Kak Rina yang ajak pegi Maybank hari tu.

Lagi?? Apa lagi yang nak kena buat untuk raya ni??

Huhuhuhu…

Actually, saya rasa raya tahun ni betul-betul rasa macam tak raya. Mungkin sebab Hari Raya adalah Hari Kemenangan bagi mereka-mereka yang telah berjaya berpuasa penuh sepanjang Ramadhan. Saya? Huhuhu.. tak menang pun, apa yang nak diraihkan?? Tapi, at least saya kena raihkan juga untuk hubby dan umat-umat Islam sedunia kan? Ermmm..

Mungkin juga.. sebab sejak dua bulan lepas projek renovation rumah kami belum selesai. Keinginan untuk menghias rumah pun dah lama tertangguh-tangguh, lama-kelamaan hilang entah ke mana. Ini kan plak nak memikirkan baju raya, biskut raya, langsir raya, dan macam-macam lagi lah yang boleh dirayakan. Haihhh..

Disebabkan rumah sentiasa ada ‘orang luar’ yang sedang membuat kerja-kerja pembinaan, keinginan untuk keluar rumah pun terhalang. Kalau tidak, mungkin dah lama buat lawatan ke shopping-shopping complex. Lagi pula, kalau dah 2 bulan buat renovation, kau bayangkan lah berapa banyak RM yang telah kami keluarkan?? Kalau boleh nak aje menjerit kat dia, “Hei Incik RM, boleh kau duduk diam-diam dalam dompet tu?? Jangan kau mengada-ngada nak melompat keluar!!”

Huhuhu..

Tapi, nak tak nak memang nak kena bajet juga skit untuk raya kan??

Insya-Allah, 10hb ni kami akan berkunjung ke Kolumpo, bersama-sama keluarga sebelah mentua. Tujuan utamanya adalah untuk shopping raya, tapi membaca status kawan-kawan FB yang kununnya dah beberapa kali buat percubaan untuk masuk ke Jalan TAR, menjadikan saya lemah semangat. Nasib baik kami stay di Hotel StarPoints, betul-betul di tengah-tengah Jalan TAR. Hopefully, kami boleh survive di sana dan boleh keluar masuk dengan mudah sambil ber-shopping ala kadar. Amboooiii… Kau lupa kah?? Perut kau sedang memboyot sekarang ni!!

Disebabkan keadaan diri yang tidak se-slim mana, nampaknya tahun ni terpaksa lah saya cuba-cuba menggayakan jubah di pagi raya. Warna tema?? Adeh.. yang ni pun susah nak fikir. Tengok la warna apa yang banyak di Jalan TAR tu!! Tahun ni semuanya beli yang ready-made saja. Biskut raya pun ready-made saja. Setakat ni baru 5 jenis yang ditempah, tapi baru 2 jenis yang sudah sampai. Ehh?? Biasa kau bagi orang makan berapa jenis aaa??… Kau  nak order banyak-banyak ni buat apa? Ada hati nak buat open house kerrr?? Rumah kau dah siap? Dah kemas??

Ermmm.. so far, begitu lah perancangannya. Shopping bermula pada 11hb, itu pun kalau ada saki-baki RM. Nak tau apa yang paling sakan?! Hahahahaha… Nampaknya, cuti saya lah yang terlebih-lebih beraya sakan!! Seawal 15hb lagi saya dah mula bercuti sehingga 28hb. Ambooiiihhh.. Nak buat apa tu? Memang takde plan apa-apa pun, sebab hubby hanya akan bercuti mulai 18hb – 26hb. Duduk melangut di rumah, dengan harapan kerja-kerja pembinaan dah selesai. Kalau tidak, stress sorang-sorang dengan bunyi-bunyian kurang enak, last-last lari ke ofis juga akhirnya. Aiiihhh.. Kerja kat ofis pun banyak yang pending ni!!

So.. again.. should I be panic!??

Untuk menyedapkan hati sendiri, saya pun berkata, “Relax kau Laurah, jangan kau panic. Raya pertama kau pun bukan di rumah sendiri kan? Raya pertama balik rumah mentua, raya ketiga balik rumah mak kau, jadi kau tumpang-tumpang jer la makan biskut raya dorang. Paling-paling kau perlu sediakan duit raya.. which is done.. dan beberapa pasang baju raya. Kau ada 1 bulan lagi untuk buat persiapan open house di rumah sendiri. So.. relax. Ada 1 bulan lagi ok!!”

Alhamdulillah, ada 1 bulan lagi rupanya… but I better start planning NOW!! Kalau tidak, nanti ada plak version kedua entri panic macam ni.

Errr.. Persoalannya skang??

Nanti 11hb tu boleh kah aktiviti shopping selesai dalam tempoh masa sehari sahaja?? Huh.. Tiba-tiba kena panic attack lagi!! Kih kih kih… Apapun, harap-harap semuanya berjalan lancar la kan?! Stay positive…. kunun!!

Untuk menambahkan ke-panic-an.. lepas open house di rumah sendiri nanti, saya kena start planning  untuk persediaan bersalin plak. Eh, kau… Boleh kau fikir pasal raya dulu kah? Pasal bersalin tu nanti-nanti la dulu!!

Ok… baik lah!! Huhuhu…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply