Kids.. Are not for kids

Tadi ada kawan share file youtube kat facebook berkenaan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun yang telah melakukan hubungan kelamin dengan 15 orang lelaki, sebanyak 300 kali. Boleh je saya share video tu kat sini, tapi demi menjaga maruah budak tu dan tidak mau mencemarkan blog saya ni, korang cari la sendiri kat youtube yer..

Budak tu dengan angkuhnya bercakap lebih kurang macam ni, “saya tak kesah walaupun mak saya tak benarkan, saya tidak akan berhenti melakukan perbuatan ini sehingga saya mendapat seorang anak. Saya dah ada semua keperluan yang diperlukan oleh seorang anak, saya dah ada teddy bear untuk dia, stok pakaian yang cukup dan saya ada 3 pacifier!!”

Anak mat salleh, memang tak heran lah kan? Mak dia hanya mampu mengalirkan airmata mendengar pengakuan anaknya itu. Penonton di dalam dewan plak saling menjerit-jerit melemparkan sumpah seranah terhadap budak tu.

My first impression selepas menonton video tu..

Aiiihh.. Dorang ni dah kehabisan modal ke nak buat topik hangat? Bukan kah masalah sebegini boleh diselesaikan dalam rumah? Atau dorang sengaja nak buat citer macam ni supaya orang-orang muda kat luar boleh tengok dan terpengaruh, so that dorang ada alasan untuk buat aktiviti terkutuk tu.

Cuba fikir, 300 kali dengan 15 orang lelaki, masih tak berjaya mengandungkan dia. Logik ke?

Kalau sememangnya logik, kenapa boleh jadi begitu? Agaknya baby pun pandai menilai perempuan yang macamana boleh dijadikan ibu, kan? Actually, tiada yang mustahil bagi Allah. Kalau memang orang tu tak layak jadi ibu, macamana cara sekali pun dia takkan dapat baby. Logik ke tak logik, ni semua kerja Tuhan.

Rupanya, rakaman video tu tak berakhir disitu. Selepas 4 tahun, ketika budak tu berumur 19 tahun, dia di jemput semula ke rancangan tersebut dalam keadaan dirinya yang sedang hamil. Akhirnya, tercapai juga apa yang dia hajatkan selama ni. Tapi, masalahnya.. Lelaki yang sepatutnya menjadi bapa kepada anak dalam kandungannya tu seringkali mengalami dilema, sebab ramai yang cuba meracuni fikiran dia bahawa kononnya anak itu bukan anak dia. Yer lah.. Bayangkan kalau dah selalu sangat bertukar-tukar pasangan, tentu lah susah nak tau kan?

Tapi, dengan konfidennya budak perempuan itu mengesahkan bahawa lelaki itu lah bapa kepada anak yabg dikandungnya. Mujur lah lelaki tu sanggup bertanggungjawab atas dasar cinta. Hopefully, dorang akan berkahwin and live happily ever after la kan? Macam citer cinderella tu..

So, tak kesah la citer rakaman tu betul atau lakonan semata-mata, yang penting kita cuba ambil pengajaran daripadanya. Ingat senang ke nak jaga anak? Orang kata, buat memang senang, tapi tanggungjawab tu lah sebenarnya yang berat untuk dipikul.

Sebab tu saya selalu percaya bahawa pasangan yang lambat dianugerahkan seorang anak, mungkin kerana pakej keibubapaannya belum cukup. Kita rasa cukup dah, sumber kewangan dah terlebih-lebih sampai boleh celebrate birthday kat hotel-hotel 5-stars, bertukar-tukar kereta, rumah banglo bertingkat-tingkat tak cukup sebuah, melancong ke luar negara tiap-tiap bulan. Kalau nak beli pacifier, jangan kan 3 biji, semua yang ada dalam dunia ni pun boleh dibeli. Tapi, adakah itu dikatakan cukup untuk menjadi ibubapa?..

Saya tak kata setiap pasangan yang dah ada anak tu plak dah cukup sifatnya untuk menjadi ibubapa. Tidak semestinya. Pernah nampak kan keadaan pasangan suami isteri yang miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, atau pasangan yang cacat fizikalnya, kebiasannya mereka inilah yang mempunyai anak yang ramai. Berderet-deret, macam tangga!! Dan tidak semuanya akan mengemis di tepi-tepi jalan. Mereka masih mampu berusaha sendiri bagi meneruskan kehidupan. Honestly, saya cukup kagum dengan orang sebegini.

Mungkin bagi mereka-mereka yang kononnya ada intelek yang tinggi, ada duit lebih skit.. Sewenang-wenangnya melontarkan sindiran sinis, “memang lah jadi macam tu kalau takde family planning”. Amboi, sedap jer kan cakap macam tu? Kalau dah orang tu tak mampu dari segi kewangan, macamana dorang nak buat family planning? Kau ingat family planning tu takde kos ke?Kau ingat boleh pakai plastik Giant jer ke?!

Ini membuatkan saya berfikir, ternyata keadaan fizikal atau sumber bukan lah pengukur untuk melayakkan seseorang menjadi ibubapa. Jadi apa sebenarnya yang mereka ada sehinggakan mereka mempunyai anak sebegitu ramai? Mungkin salah satu daripadanya ialah ‘hati yang cekal’.

Isteri yang cukup cekal untuk menggagahkan diri melawan rasa lemas semasa hamil, cukup cekal melalui pengalaman bersalin yang menyakitkan, cukup cekal untuk meninggalkan hobi-hobi lama demi untuk menghabiskan masa menjaga, menyusui, mendodoi dan menunaikan apa jua permintaan si anak kecil, cukup cekal membahagikan masa melayan karenah anak dan suami, cukup cekal memastikan keadaan rumah yang selesa untuk dihuni.

Suami yang cukup cekal melayan karenah isteri ketika hamil, cukup cekal menemani isteri berulang-alik ke klinik sehingga saatnya bersalin, cukup cekal meninggalkan hobi-hobi lama untuk menghabiskan masa bersama anak dan isteri, cukup cekal mencari rezki yang halal untuk keperluan keluarga yang semakin bertambah.

Cukup cekal melalui apa jua dugaan yang menimpa..

Jadi, jom kita tanya diri kita sendiri, adakah kita mempunyai hati yang cekal? Adakah kita sudah berani mengatakan kita sudah cukup kebal menangani apa jua dugaan? Saya akan jawab, “tidak”. Walaupun Insya-Allah saya bakal dianugerahkan anak yang kedua, Alhamdulillah.. Tapi, saya percaya kecekalan yang saya miliki ini masih belum sempurna, malah kehadiran anak-anak ini lah yang mungkin membantu saya menjadi manusia yang lebih cekal lagi.

Of course takde orang yang lahir-lahir jer ke dunia ni dilengkapi dengan sifat cekal 100%. Kita semua bermula dari zero. Pengalaman hidup kita yang berbeza menjadikan kita unik. Pengalaman hidup itu lah yang memberi input kepada kita. Sebab tu kita tak tau kemampuan kita selagi kita tak melalui sesuatu pengalaman baru.

Macam saya dulu, masa baru jer bergelar isteri, saya pun tak bersedia nak jadi ibu. Lebih-lebih lagi husband kerja jauh dari saya, macamana saya nak survive sorang-sorang menjaga anak? Tapi, kuasa Tuhan. Mungkin saya ada 5% daripada kecekalan itu, saya disahkan hamil selepas 2 bulan perkahwinan.

Jadi, nak buat apa? Sedih? Meroyan?? Berbekalkan 5% kecekalan itu, kami cuba berusaha. Husband sanggup bernazar agar doanya untuk mendapat kerja dekat dengan saya dimakbulkan. Saya pula cuba menjadi orang yang lebih positif, sebab saya takde pengalaman macamana nak bersalin, macamana nak jaga anak kecil. Apa yang saya ada hanya lah pengetahuan. Saya rasa macam tak mampu jer nak jadi ibu yang sempurna. Keadaan sumber kewangan kami pun tak cukup mantap untuk membesarkan anak. Serba serbi rasa kekurangan.

Alhamdulillah, berkat doa, kecekalan dan keberanian, satu persatu dugaan ditempuh dan diatasi dengan baik. Sedar tak sedar, dugaan-dugaan itu lah yang mematangkan kita. Tapi, bila buat semula self mesurement hari ini, eh.. Saya tak lengkap lagi dari sudut ni!! Tak perfect lagi untuk ni!!

Well.. Sampai bila baru lah kita berani nak kata kita ni dah cukup perfect? Never!! Kita takkan pernah jadi orang yang perfect. Kita hanya boleh jadi orang yang lebih baik daripada diri kita yang semalam. In this real world, perfect parents is never exist!!

So, dah tau tak perfect, kenapa nak anak juga? Kenapa masih sanggup berbelanja beribu-ribu untuk kos perubatan tradisional mahupun moden, demi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang anak?

Kerana.. Timbulnya kesedaran bahawa anak adalah anugerah dan rezki Allah yang sangat istimewa. Lebih bernilai daripada investment kita yang berjuta-juta dolar itu. Anak-anak ini lah yang akan menjadi aset semasa kita tua nanti, sehingga lah ke alam akhirat.

Kerana.. Anak adalah penyeri rumahtangga. Bukan lah bermakna takde anak, kehidupan suami isteri tu membosankan. Tapi, dengan kehadiran anak-anak, keseronokkan hidup berkeluarga meningkat lagi ke satu tangga. Bak kata orang, the more the merrier?!

Kerana.. Fitrah manusia sememangnya suka berkongsi-kongsi kan? Ada orang suka kongsi pengalaman. Ada orang suka kongsi ilmu. Orang yang pemurah skit suka kongsi duit. Sebab tu lah facebook jadi kegilaan ramai, sebab dalam tu kita boleh kongsi macam-macam kan? Boleh dikatakan apa yang kita miliki dalam dunia ni, rasa macam takde je kalau tak dikongsikan dengan orang lain. So, kalau ada anak, boleh la dikongsikan dengan anak. Itulah sebenarnya perkongsian yang paling berbaloi.

Dan.. Banyak lagi lah sebab musabah kenapa kita nak anak. Masing-masing ada pendapat sendiri. Ada versi negatif, ada versi positif. Untuk hidup tenang, sentiasa lah pilih pemikiran yang positif, keputusan yang positif, tindakan yang positif. Apapun, kehidupan berumahtangga bukan semata-mata untuk bersuka-ria bersama ahli keluarga, bukan alasan untuk kita membelanjakan duit dengan sewenang-wenangnya.

Alangkah indahnya jika kita dapat jadikan keluarga kita sebagai gedung pahala. Saya akui, keluarga saya pun belum sampai ke tahap ini, sebab tu saya kata ‘alangkah indahnya’. Setiap perbuatan dan percakapan yang kita buat dalam kelompok keluarga menjadi sumber pahala. Indah bukan? Kalau lah semua keluarga dalam dunia ni mengamalkan konsep ini, aman damai lah dunia kita ni. Alangkah indahnya..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply