August 2012

Hari ni sudah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Puasa saya? Huhuhu.. on off jer la.. Kalau kira-kira, baru 6 hari saya dapat berpuasa sepenuhnya. Alhamdulillah, syukur la daripada tak puasa langsung, kan?

Besok kononnya ofis akan buat majlis berbuka puasa bersama semua staf dalam jabatan. Teka sape yang paling excited? Hahaha.. siapa lagi kalau bukan saya!! Pelik?? Saya pun rasa pelik. Nasib baik la masih ada kesedaran sivik, kalau tidak semua menu saya balun, masak sorang-sorang untuk 50 orang. Hahahaha…

Ntah sejak akhir-akhir ni, rasa macam mau jer makan berjemaah, mau jer buat gathering ramai-ramai. Eh, pembawaan baby lagi kah? Adehh.. Ada-ada jak la. Apapun, bulan Ogos pasti terasa lebih cepat berbanding bulan-bulan sebelumya, sebab schedule sangat pack, kerja-kerja ofis pun banyak yang perlu disiapkan sebelum bercuti panjang. Bulan ni saya bekerja selama 12 hari sahaja. Selebihnya adalah bercuti.. yeahh!!

Ermmm.. banyaknya cuti, nak buat apa tu? Mesti ramai yang dah buat persiapan untuk hari raya kan? Saya.. sambutan raya kali ni ala kadar jer la kut (aiiikk.. macam tiap-tiap tahun pun ala kadar), baju raya pun belum beli lagi. Biskut raya, ada lah skit-skit. Duit raya, Alhamdulillah dah setel.

Apapun, kita berpuasa dulu lah yer.. selamat berpuasa semua!! 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply