Sup Tulang & Puding Roti

Hari ni nak kongsi dua lagi resepi yang mungkin agak familiar untuk korang, tapi mama muda (ceh perasan nak mampos!) macam saya ni baru je ada kesempatan nak mencuba. So, kalau dah cuba dan menjadi tu, harus dikongsi kat sini. Hehehe..

Resepi Sup Tulang saya ambik dari sini, tapi saya tak letak ubi kentang. Apa yang spesel mengenai resepi ni, penulis ada bagitau macamana kita nak elak daripada bibir rasa berminyak selepas makan sup tulang. Tips yang diberikan memang sangat berkesan dan resepi dia pun simple tapi, sedap!!

Actually hubby dah lama request nak makan sup tulang buatan isterinya sendiri, dari Ramadhan kedua hari tu lagi dah berkali-kali dia request. Nasib baik resepinya ada di Internet, maka berjaya la saya memasaknya. Yeahh!! Time makan, hubby langsung tak sentuh lauk lain, asek menghirup sup jer sambil berkata, “Kalau kita makan di kedai, sayang tau berapa harga sup tulang ni? Paling murah pun RM 16 tau!!”. Ceh.. begitu excitednya En. Hubby!!

Untuk dessert, iaitu Puding Roti, pun saya ambik dari sini. Tetiba rasa nak buat dessert ni memandangkan semua stok bahan-bahan ada tersedia dalam dapur. Senang, ringkas dan sedap! Malangnya, dulang yang saya pakai sangat kecil, saiznya 8″ sahaja, sebab saiz tu jer la yang boleh muat dalam oven saya. So, makan sekali memang tak puas. Hubby tanya kenapa masak sikit sangat? Dengan segan silu saya menjawab, sebab oven kita kecik. Huhuhu.. Seperti yang telah dijangka, hubby berkata dengan nada sinis, “Tu lah.. hari tu abang mau beli yang besar skit, sayang cakap nda payah!!”. :p

Teringat status FB kawan yang mengatakan Bulan Ramadhan is not about bazar ramadhan, berbuka kat mana? Nak masak apa? Nak makan apa? That’s true!! Saya amat bersetuju dengan pendapat beliau. Tapi, perkongsian resepi saya dalam blog ni kebetulan plak pada bulan Ramadhan. Maklum lah, orang macam saya ni, mood memasak benda baru ni bukan selalu..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. wana yusuf says:

    salam ibumadeeha…

    thanks ya sudi cuba resepi dari blog kak wana… harap ibumadeeha suka resepi tu…. thanks sekali lagi…. ( baru hari ni berkesempatan singgah sini…. )

Leave a Reply