Worst experience ever..

Kalau korang kenal saya, antara ramai-ramai kawan pompuan yang korang kenal, mungkin saya pompuan yang paling kurang membebel. Sebab tu, masa sekolah dulu, ramai kawan-kawan jadikan saya tempat mengadu, tempat berkongsi rahsia dan sebagainya.. Sebab kononnya bagi dorang, I’m a good listener, tidak pandai menyebarkan cerita orang pada orang lain, kurang komplen dan kurang gosip.

Tapi, skang..

Yekerr? Pompuan kalau tak gosip, tak komplen.. Macam takde kehidupan kan? Hahahaha… Lebih-lebih lagi sejak pregnant kali kedua ni, I’m out of control!! Isk isk isk.. Ni pembawaan baby ker… Tanda-tanda penuaan? Hahahaha…

Tak kesah la kenapa kan.. Yang penting skang, you’re about to read my next complaint.. Are you ready?

Ok, citernye begini. Saya dah terpacak depan airport LCCT ni sejak pukul 2 petang tadi, sebab dijadualkan flight saya akan berlepas pada pukul 4.25 petang. Standard la AirAsia kan, ko kena checkin selewat-lewatnya sejam sebelum berlepas. But actually, saya dah checkin sejak kemarin, saja la datang awal memandangkan urusan kerja kat Akib Negara dah setel.

Sambil menunggu tu, sempat juga la buka facebook, baca status kawan-kawan kat KK, sejak pagi tadi hujan tak berhenti-henti. Ooww.. This is a bad sign. Macam tak biasa, AirAsia ni memang suka sangat delay flight, lebih-lebih lagi kalau cuaca hujan. Tapi dalam hati masih berharap semoga flight takde masalah, gate number pun sudah confirm, so tunggu jer la depan gate tu.

Tunggu punya tunggu punya tunggu.. Pukul 4.30 petang masih takde panggilan, gate #P10 pun masih lengang, takde sape berbaris depan tu. Sah, flight delay la ni. Sepatutnya, ada announcement la kan? Tetiba, flight number dipadamkan dari notice screen depan gate tu. Huhh, apa citer?? Pindah gate ke? Gate mana plak?

Sudah.. Semua passengers lain pun terkejut beruk, masing-masing mulai bergerak mencari jalan kebenaran. Ibu mengandung macam saya ni memang lah berat skit punggung nak bergerak kan? So, berharap akan ada announcement la kejap lagi. Beberapa minit kemudian, area saya tu semakin kosong takde orang. Eh, tak boleh jadi ni. Akhirnya, saya pun mulai bergerak, beg pakaian dan bakul plastik berisi bun Gardenia, saya tinggalkan je atas kerusi tu. Tawakkal jer la, sebab memang betul-betul tak larat nak angkat.

Tanya punya tanya.. Akhirnya saya difahamkan flight saya tu dibatalkan, perlu dapatkan boarding pass baru kat kaunter. Huhuhu.. This is worst than delay!! Ok, kaunter mana? Kaunter S32. Eh, apsal kaunter tu kosong? Eh, kaunter R42 laa.. OMG!! Pulak dah.. Sampai kat kaunter tu, ramai orang beratur panjang nak checkin beg-beg besar. Biar betul?? Ni mesti kes salah kaunter lagi. Pegi tanya kat service counter, eh Kaunter R68 la. Huhuhu..

Akhirnya jumpa juga kaunter yang betul, tapi barisan amat panjang. Saya yakin memang kaunter tu sebab kebanyakan muka-muka yang beratur tu sangat familiar, mereka juga la yang bersama-sama saya menunggu di depan gate tadi. Alhamdulillah, salah sorang jejaka di antara mereka-mereka tu dibukakan pintu hati untuk bagi saya peluang beratur di depan dia. Tapi, malangnya.. Sebelum sampai giliran saya, ada 2 orang penumpang minta excuse nak potong queue sebab urgent. Dan bila sampai giliran saya, saya dapat flight pukul 8.20 malam. Dan lebih kesian, jejaka yang baik hati tu dapat flight pukul 9.20 malam sebab flight yang lebih awal dah penuh. Huhuhu.. Rasa bersalah kat dia pun ada, tapi rasa bersyukur dan berterima kasih pada dia tu lebih banyak.

Lepas dapat tiket baru, masa tu dah pukul 5.30 petang, kami dijemput ke gate #P8 untuk dapatkan free refreshment. Dengan bangga, staf AirAsia tu bagitau, hari ni kita serve burger McD. So, what? Kalau telan burger tu, boleh dapat kuasa terbang balik KK ker?? Cehhh.. Dalam hati ni tak terfikir pun nak apa-apa refreshment ok. Saya dah menunggu selama 4 jam, dan penantian masih berterusan sehingga 2 jam lagi, ko ingat masih ada selera ke nak telan makanan??

Apapun, memang takleh nak buat apa, melainkan bersabar. Tapi, insan biasa yang lemah macam saya ni, memang la tak tertahan rasa sakit hati tu, sampai rasa nak bagitau kat semua orang, share kat facebook dan blog, ko pun kena bersabar la membaca citer ni yer AirAsia… Nasib baik beg saya masih berada dalam keadaan selamat ditinggalkan sendirian dalam boarding area.

Pesanan buat AirAsia, lain kali kalau cancel flight tu, buat la announcement kuat-kuat skit, jangan malu-malu. Nak suruh orang boarding cepat-cepat, boleh je ko melalak berjuta-juta kali. Sila ambil tindakan, ok…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. cik ina says:

    kalo aku terus tinggi darah kalo jadi mcm 2..bagi la makanan paling sedap didunia,xda maknanya jgk tu..harap2 selamat smpai la ya kak..bsok ada alasan boleh MC 2..^__^

    • ibumadeeha says:

      Tu lah pasal. Kalau ada geng bergosip nda pa jugak, ni sorang-sorang. Huhu.. Flight delay lagi sehingga pukul 9pm. Tahniah la, sebab besok bole emergency leave. Hohoho..

  2. Affienda says:

    Adooiiiii…punya sandi ni AirAsia… boleh sue ka tu 😛 ….nasib posa hari 6 🙂

Leave a Reply