Ragam anak-anak

Amboi.. mentang-mentang pose, bertubi-tubi entri awak yerr??

Hehehe.. jangan marah. Kali ni bukan nak share resepi, tapi nak update pasal ragam anak-anak saya. Aisehh, macam ramai sangat la anak tu yer.. Kih kih kih..

Actually, danieL ni kalau nak tidur malam, mesti berbekalkan iPhone atau iPad, sebab nak main game atau nak tengok video-video kartun dalam YouTube. Sejak kebelakangan ni saya perasan, semakin hari semakin lewat plak dia tidur. Sedangkan saya dah lama terbaring lena, maybe sejam atau sejam lebih lepas saya dah tak sedarkan diri, baru lah dia tertidur. Akibatnya, keesokan pagi dia akan lambat bangun, kalau tak kejut, boleh sampai pukul 8 lebih. Kalau weekend tu takpe la, yang masalahnya weekdays, pukul 7 pagi hubby dah nak gerak bawa dia ke rumah babysitter. Kesian tengok dia tak cukup tidur.

Nak dijadikan cerita, Ahad kemarin adalah hari yang agak busy bagi saya. Sebab, hari Sabtu saya betul-betul tak larat nak bersihkan rumah, sampai rumah pun dah nak pukul 2 pagi. So, kerja-kerja pembersihan terpaksa dibuat sepanjang hari Ahad. Langsung takde rehat, ada pun setakat melelapkan mata sejam dua, sampai ke pukul 10 malam, pakaian-pakaian masih menunggu untuk dilipat. Huhuhu.. Biasanya pukul 10 malam adalah masa untuk tidur, tapi semalam masa tu baru nak lipat sebakul kain, bersamaan pakaian untuk 4 hari. Banyak weiii…

Sejam berlalu, belum siap-siap lagi. Boleh?? Serius.. banyak giler kain!! Pinggang pun dah tak larat nak duduk lama-lama. Akhirnya, saya give-up dan terus nekad untuk tidur. danieL pun ikut jer.. Lepas menyusu, macam biasa dia akan cari iPhone. Kali ni saya berkeras tak nak bagi sebab dah pukul 11 malam kan, kalau main game lagi, ntah-ntah pukul 1 pagi baru tidur. Terpaksa la saya tipu dia, kununnya iPhone dah habis betri, tengah charging kat tingkat bawah. Dia akur..

Tak lama lepas tu..

“umi.. nenen..”

“aiiikk.. kan baru je nenen tadi??”

“nenen.. 4 kali nenen..”

Huhu.. actually, dah biasa dengan karenah dia macam ni. Sebenarnya, dia tak nak tidur, nak suruh saya turun kat tingkat bawah, ambik iPhone yang tengah charging. So, saya tak layan lah permintaan dia yang satu ni.

Tak lama kemudian..

“umi… makan nasi.”

Aiikkk.. sejak bila plak rajin nak makan nasi tengah-tengah malam ni? Hahahahaha.. ada aje la alasan dia nak suruh saya turun bawah tu kan. Kesian, tak sampai hati nak tipu dia sebenarnya, tapi tak sanggup gak tengok dia mengalami sindrom kurang tidur esok pagi.

“jom la tidur, danieL. Tutup mata k.. Meh, umi nyanyi lagu. Mau lagu apa? Babah ku pulang??”

“tidak!!”

“ABC?”

“tidak!!.. tidur.. tidur la!!” marah danieL.

Bila dah takde iPhone, baru lah dia ingat nak tidur dalam pelukan saya. Saya pun tepuk-tepuk lah punggung dia. 20 minit kemudian, aiiikk.. dah tak sedar? Biar betul?? 40 minit kemudian, dah mula kedengaran dengkuran kecil dia. Saya plak yang tak dapat tidur, rasa bersalah sangat tipu dia. Huhuhu…

“Sori, danieL. Esok umi bagi main iPhone ya..”

Sabtu lepas juga adalah review saya dengan Dr. Krishen. Alhamdulillah, berat saya dah naik 3.5 kg. Perkembangan baby pun normal as per doctor, “She is danieL’s new competitor.” Hahahaha.. Sekali lagi doktor mengesahkan, baby is a girl. Yup, danieL’s new competitor tapi, harapnya persaingan tu takde la terlalu sengit. Apapun, as a parents, kami perlu belajar untuk berlaku adil pada anak-anak. New adventure for us ahead.. can’t wait!! 😉 Kali ni, baby tengah tepuk-tepuk tangan semasa sedang di scan. Sedar tak sedar, dah masuk 24 minggu kan?? 16 weeks to go..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply