Nasi tomato & ayam masak merah..

First of all, bagi sesiapa yang tersesat masuk ke blog ni, saya nak maklumkan kat sini, ni bukan la blog himpunan resepi-resepi menarik. Sesungguhnya tuan punya blog ni sangat lah cetek ilmu memasaknya, tujuan entri ini dibuat adalah sekadar nak minta puji bahawa akhirnya tuan blog sudah pandai masak nasi tomato & ayam masak merah. Buat pengetahuan, tuan blog bukan pun anak dara berumur lewat belasan, tetapi seorang ibu akhir 20an yang baru nak belajar-belajar memasak. So, harap maklum.. Huhuhu..

Memandangkan Ramadhan pertama saya tak jumpa nasi tomato kat bazar, maka bermula la misi mengorek resepi dari internet. Huhh? Nasi tomato takde jual, ko cari katne, pasar ikan ke? Kih kih kih.. Actually, ada je jual kat bazar ramadhan Indah Permai tu, tapi ntah la sejak bila plak mata saya ni pandai menilai kesedapan sesuatu masakan hanya dengan pandangan sebelah mata.

Jadi, Ramadhan kedua, seawal pukul 12 tengahari saya dan danieL sudah pun berada dalam Giant Supermarket Indah Permai. Awal gila, semangat tu!! Alhamdulillah, semua bahan-bahan yang diperlukan ada kat situ. Hohoho.. Actually, ada incident lucu berlaku semasa saya sedang shopping dengan danieL. Nak tau?

Memandangkan kami dah keluar rumah sebelum pukul 12 tengahari, maka danieL pun diangkut keluar sebelum makan tengahari. Eh, budak tak sampai 3 tahun lagi la, takkan nak suruh puasa. Sampai kat Giant, memula tu good boy jer dia, ikut cakap umi.. Beberapa minit kemudian, asek menghilangkan diri. Bila dia muncul semula, mulut dia dah berisi makanan. Panic gak dibuatnya, bila saya check dalam mulut dia, rupanya dia ambik makanan keropok-keropok yang untuk ditimbang tu. Kesian.. Kelaparan agaknya. So, saya pun ambiklah keropok kegemaran dia tu, masukkan banyak-banyak dalam bakul plastik untuk ditimbang. Tetiba, dia nak masukkan balik keropok dari mulut dia ke dalam bekas asal, cepat-cepat saya ambik keropok tu dari tangan dia dan… Ngappp!! Masuk mulut saya plak. Slumber jer.. Hahahaha.. Masa nak bayar kat casher, baru teringat, oooppss!! Saya puasa la…

Alah, tak sengaja… Takpe kan??

Eh, apa yang melalut ni!! Back to the topic. Meh nak tunjuk gambar marvellous nasi tomato dan ayam masak merah hasil air tangan saya. Hehehe.. Nak resepi? Lor… Bertimbun kat internet!!

20120723-102450.jpg
Nasi Tomato

Ok la.. Memang bertimbun resepi kat internet tu. Jadi, bagi memudahkan kerja korang, saya share jugak la resepi yang saya pakai ni.

Bahan A
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih – cincang
3 ulas bawang merah – hiris halus
1 inci halia – hiris halus
buah pelaga + bunga cengkih + kulit kayu manis + bunga lawang

Bahan B
1/4 cawan susu cair
3 biji tomato di potong dadu kecil hancur
1/4 cawan sos tomato
garam + gula

Bahan C
3 pot beras
Kismis (kalau suka)

Cara-cara

  1. Tumis bahan A sampai naik bau, kemudian masukkan bahan B.
  2. Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan beras dan air ke dalam rice cooker. Sukatan air sama macam masak nasi biasa.
  4. Taburkan kismis atas beras.
  5. Gaul campuran di dalam rice cooker.
  6. Tunggu sehingga nasi dah masak untuk dihidangkan.

Senang jer kan??

20120723-102502.jpg
Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam di potong kecil (saya pakai chicken wings je, sebab tak reti potong ayam. Hahaha)
1 biji bawang besar – dihiris nipis
8 sudu besar cili giling (kalau tak tahan pedas, kurang-kurangkan lah yer..)
8 sudu besar sos tomato
2 inci halia – di potong nipis
2 batang serai – dititik
garam + gula

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang + halia + serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masak sehingga kering sedikit dan hidangkan.

Untuk makluman, resepi yang saya ambik ni resepi yang paling mudah, cepat dan ringkas. Maklum lah, baru nak belajar-belajar kan. Tapi, sos tomato tu saya dah gantikan dengan Puri Tomato.

Ok la, selamat mencuba!!

Psst: Bestnya mengandung baby girl, hari-hari rasa nak memasak!! Pasni boleh jadi pakar la kut. Kui kui kui… Ermmm.. Berbuka untuk hari ni, nak masak apa plak yer?? 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

4 Responses

  1. Affienda says:

    masak nasi ayam lg senang hihi…. rebus ayam… pastu ambil air rebusan ayam tu masukkan dalam ricecooker.. kalau kurang air tambah air..masukkan daun pandan utk naikkan bau dia lg…

    ayam tu boleh hidang gitu jak (mcm ayam steam) atau goreng ayam rebusan tu..
    siap hihi….

    sy pun mo cuba la ni nasi tomato hmm…

  2. ibumadeeha says:

    atukei.. punya ekspress resepi nasi ayam ko ni, fiza. tq banyak-banyak.

    memang pun nasi ayam lagi senang, mau lagi senang, beli jak dia punya pes. hehehehe.. tapi, bosan sudah bei.. banyak lagi tu bejual di kedai. nasi tomato ni jarang-jarang orang bikin. cuba la.. pasti nak lagi 😉

  3. Bali Tour says:

    Terima kasih atas recipe nya
    nanti saya nak coba masak 🙂

  4. Papaglamz says:

    tengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..

    Hot post – Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

Leave a Reply