Ibumadeeha.com… is totally MINE!!

Nampaknya dah ada orang yang tak puas hati dengan entri yang saya tulis dalam blog saya ni. Well.. Who cares? This blog is mine, I pay for it, kau ingat free? Ada kau tolong bayar?..

Hehehe.. Rasa kelakar juga sebenarnya bila ada orang rasa tak puas hati dengan pendapat kita. Rasa glamer pun ada, eh ada juga rupanya orang yang baca blog saya ni!! Walhal, benda yang kontroversi sangat tu bukan lah hal-hal besar pun, hal-hal kecik jer, hal-hal duniawi gitew.. Ader je orang tak puas hati kan? Benda duniawi sekecik tu boleh terkesan ke hati beliau, sehingga menimbulkan rasa amarah di bulan puasa (ntah puasa ke tidak tu). Walhal, perkara-perkara ukhrawih yang pernah saya kongsikan di blog ni, tak pernah pula sampai ke hati beliau. Huhu.. Dah tertutup agaknya hati itu.. Atau sengaja membutakan mata memekakkan telinga menolak hidayah Allah. Na’uzubillah..

20120727-190030.jpg

Anyway, bila orang dah tak puas hati tu, rasa bersalah lah juga kan. Tapi, bila fikir-fikir balik, buat apa saya rasa bersalah? This blog is about MY LIFE and MY OPINION of other people’s life. Kau ingat kau sorang jer boleh ade opinion sendiri? So, saya takkan block siapa-siapa pun dari membaca blog ini, walaupun ternyata blog ini hanya untuk ‘adult’ sahaja. It’s your choice to read, to comment, to criticize, to get mad and so on.. The choice is in your hand. You deserve it!!

Well.. Of course, bila saya mengkritik kehidupan orang lain dalam blog ini, maknanya saya mungkin tidak akan bagitau orang tu secara berdepan. You know why? Because I don’t care about you and your life. If you are my siblings or my friends, who I care the most, lama dah saya tegur secara berdepan. Saya cuma mau mengambil iktibar dan pengajaran daripada jalan kehidupan yang kau pilih dan kongsikan bersama pembaca-pembaca blog yang lain, mereka-mereka yang lebih bersikap terbuka.

So, that’s it. Ibumadeeha.com is mine, written all by myself, the content might be rude but still.. It’s mine!! Harap maklum.

Moral of the story: kalau berani publish pendapat kita kat tempat umum, berani la terima kritikan orang, sebab bukan semua orang sependapat dengan kita, lebih-lebih lagi kalau pendapat kita tu menghina atau menyindir orang lain. Macamana cara orang tu nak kritik, suka hati dorang la.. Kalau tak berani menerima kritikan, duduk diam-diam, simpan je pendapat kita tu dalam kotak fikiran sendiri. Bak pesan orang-orang lama: kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply