Having kids..

“while we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about”.

Tak ingat sape yang share status ni kat Facebook, tapi yang penting, bagi saya statement tu memang sangat sahih dan benar, tak boleh disangkal lagi. Walaubagaimanapun, mungkin hanya mereka yang sudah bergelar ‘parents’ sahaja yang mengerti maksud tersiratnya dan mungkin tidak semua parents setuju dengan kenyataan ini.

Paling sedih sekali apabila ada sesetengah orang berpendapat bahawa kehadiran anak-anak hanyalah beban yang terpaksa ditanggung menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Contohnya, tak dapat pegi tengok wayang, tak dapat honeymoon, tak dapat main golf, tak dapat concentrate pada career, tak dapat sambung belajar dan macam-macam lagi lah. Alasan mereka ialah ‘belum bersedia’. Not ready for parenthood, but more than ready to be married. Parenting is not just about playing in the backyard.. Blah blah blah.. Ceh, macam-macam alasan yang bagi mereka itu adalah cukup untuk melambangkan kematangan mereka.

Come on la.. If you are not ready, then don’t get married. Actually, you are not ready to leave your selfish life, that’s it!! Now you wanna talk about commitment, you supposed to think about it before getting married. Tak pernah dengar orang main golf dengan anak-anak ke? Tak pernah dengar orang pegi tengok wayang dengan anak-anak? Tak pernah dengar orang dapat PHD walaupun dah beranak-pinak?

Anak-anak bukanlah suatu beban tetapi adalah suatu semangat yang boleh merubah kita menjadi seseorang yang lebih baik dari diri kita sekarang. We learn a lot from them!! Like I said, benda ni memang tak boleh dihuraikan dengan kata-kata, hanya mereka yang telah bergelar parents sahaja yang memahaminya. Apapun, LIFE is not just about enjoying the abundance, it’s about adding values to yourself and others.

Tidak dinafikan, ramai juga diluar sana yang more than ready to have kids, cuma rezkinya belum kesampaian. Jangan risau dan jangan putus asa, percayalah apa yang berlaku semuanya adalah ketentuan Tuhan. Dia Maha Mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk kita betul-betul bersedia menjadi ibubapa.

Selamat malam semua. Terima kasih kerana sudi melayan bebelan ibu mengandung yang tengah kesunyian di Starpoints Hotel, KL. Tak sabar menunggu flight balik KK besok petang, I miss my heros so much!!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply