Bubur Pulut Merah

Hehe.. Ni ada satu lagi resepi untuk dikongsikan bersama, tapi kali ni kategori desert plak. Biasa la Ramadhan kan, kalau berbuka tanpa desert, rasa macam tak lengkap jer. Actually, resepi ni pun masih baru buat saya, tapi dah selalu makan kat hotel-hotel. So far, dah 3 kali masak bubur ni, mentua pun suka!! Macam biasa, resepinya berlambak juga di internet, tapi memandangkan dah masuk kali ke-3 masak benda ni, tak payah dah tengok resepi tu semua. Kat sini saya share resepi mengikut sukatan saya sendiri yer.. 😛

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut merah (pulut hitam pun boleh juga)
200 ml santan cair
2 helai daun pandan – disimpulkan
3/4 cawan gula halus
garam secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan beras dan rendam selama lebih kurang 30 minit.
  2. Rebus beras sehingga kembang.
  3. Masukkan daun pandan, santan, gula dan garam. Kacau selalu sehingga mendidih. Boleh tambah air mengikut kesukaan, tapi jangan lebih-lebih kang tak rasa plak lemaknya.
  4. Hidangkan. Lebih sedap kalau bubur tu tak panas sangat, suam-suam gitu..

Senang kan? Jarang-jarang dijual di bazar, kebanyakannya jual bubur kacang hijau jer.. Cuba lah resepi ni, lebih sedap dari kacang hijau tau! Tapi, pulut tu susah sket la nak mencari, cuba cari kat pasar ya..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. Affienda says:

    i will make it soon 🙂

Leave a Reply