I love May.. 31st

secara rasminya, kami telah berpindah ke rumah baru pada 31 May 2012. dalam kesibukan korang semua menyambut Hari Kaamatan, kami plak sudah mulai sibuk pada 26hb sehingga ke hari ini, proses angkat dan kemas barang masih belum selesai sepenuhnya. sebelum ni saya memang dah plan nak masuk rumah baru pada bulan Jun, tapi atas nasihat ‘pakar’, 31 May merupakan tarikh yang ‘baik’ untuk berpindah. seawal subuh kami sudah bergerak ke rumah baru, sebaik sahaja masuk, hubby melaungkan azan menandakan rumah itu kini dihuni oleh keluarga kami.

danieL turut menyumbang tenaga.. 😉

dari subuh hingga ke petang, saya dan mentua sibuk di dapur menyiapkan juadah ringkas untuk majlis doa selamat. hubby plak masih gigih mengangkat barang dari rumah lama, dibantu oleh beberapa orang assistant. majlis doa selamat dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja dan terpaksa dibuat lebih awal iaitu selepas Asar, memandangkan kebanyakan ahli keluarga tidak dapat bermalam di rumah kami. doa selamat dipimpin oleh Ust. Nazri dari UMS. Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply