I love May.. 5th

Ntah kenapa, takde angin takde ribut, tetiba rindu sangat-sangat kat my mom. Mungkin sebab dah bercuti hampir seminggu (hari Rabu je masuk keje), terus rasa macam keboringan yang amat sangat. Rasa nak jalan jauh balik kampung my mom, tapi.. masih tak confident dengan kondisi kandungan yang masih ‘fragile’. So, dengan kuasa pujukan rayu yang paling optima, saya berjaya pujuk my mom turun KK. Yeahhh!!

My mom, kalau datang rumah saya, WAJIB buka Facebook dia. So, setiap kali dia datang, setiap kali tu lah saya jadi Cikgu IT sekejap. Macam biasa, mom akan masak special untuk saya, tapi tema kali ni ialah.. makanan kampung!! Hehe… Ikan masin masih menjadi pujaan hatiku. Mom goreng ikan masin dengan lada putih. Nyum nyum.. Sengaja dia masak lebih, sampai hari ni masih ada stok dalam fridge.

Hari kedua, bawa my mom jalan-jalan shopping kat Segama. Apa lagi kalau bukan cari tudung dan blouse. Betul lah orang cakap, shopping with mom is the best!! Hasil tangkapan, 3 blouse untuk saya, 2 blouse dan 1 tudung untuk mom. So, lepas ni kalau rasa-rasa nak menambah stok baju, kena guna kuasa pujuk rayu bawa my mom turun KK lagi. Hehehe..

Sedar tak sedar, umur my mom dah masuk 57 tahun. Huhuhu.. Saya rasa saya perlu habiskan lebih masa untuk dia so, I’ve decided, bulan May bulan kesukaan saya adalah bulan yang WAJIB untuk bersama my mom. WAJIB ok!! Selain hari raya la… So, again.. I love May and I love my mom!! Semoga dia diberi kesihatan dan umur yang lebih panjang walau terpaksa melalui pelbagai rintangan sebagai ibu tunggal.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply