I love May.. 21st

Alhamdulillah.. hari ini proses akhir pembelian rumah sudah selesai dan kunci rumah pun sudah berada di tangan kami. bagi pembaca-pembaca setia blog ini (kalau ada la.. ) pastinya sudah sedia maklum bahawa kami dah mula berangan-angan untuk beli rumah baru pada September 2011 yang lepas. kemudian, sejak dari hari tu, secara rasminya saya menjadi peminat setia website mudah.my, tengok kalau-kalau ada rumah yang mampu dibeli. November 2011 angan-angan semakin menjadi-jadi bila saya menetapkan beberapa ciri-ciri penting yang perlu ada pada rumah tersebut iaitu:

bedrooms >= 4
bathrooms >= 2
master bedroom + balcony
corner lot
dry + wet kitchen
price < RM 500K

memang banyak sangat rumah yang nampak memikat dan memukau dalam website tu, tapi harga?? huhu.. macam tak berani jer nak buat appointment dengan tuan rumah. mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kami tak buat rumah atas tanah sendiri? jawapannya ialah sebab kami takde tanah kat area-area KK ni. ada gak cuba-cuba cari ‘land for sale’ tapi, harganya jauh lebih mahal berbanding beli rumah yang dah siap. huhuhu…

kenapa kami tak beli rumah yang baru siap? mungkin murah skit kan? mungkin sebab rumah baru siap ni nampak kosong, takde tarikan, perlu buat banyak lagi kerja-kerja tambahan dan kalau tengok beban kerja my hubby, memang dia takkan ada masa nak memantau kerja-kerja tambahan tu semua. kalau boleh, kami nak rumah yang dah 100% complete dengan wiring, tiles dan grill. kalau perlu renovation pun, just minor renovation gitew.. hubby plak nak rumah dekat-dekat area UMS jer, kalau boleh nak tinggal di kawasan perumahan orang-orang muslim.

Alhamdulillah, cari punya cari, sampai nak terjuling mata.. Januari 2012 bertemu juga kami dengan rumah idaman itu. sekali lagi Law of Attractions memainkan peranan dimana kami dapat rumah yang 200% dah complete, tinggal angkat kain baju jer masuk rumah tu. terletak lebih kurang 4Km jer dari UMS, corner lot, 4 bedrooms, 3 bathrooms with dry and wet kitchen. tapi, master bedroom takde la plak balcony, tapi ada big windows.. in the future boleh renovate jadi balcony. harga?? huhuhu.. memang tersasar jauh dari target. tapi, logik la kan.. kalau dah 200% complete tu. menurut tuan rumah, jiran-jiran semuanya orang tempatan muslim dan chinese muslim, cuma ada 2 rumah jer yang non-muslim.

more pictures to be uploaded soon.. so, stay tuned!! πŸ˜‰

selepas tu, urusan pembelian pun bermula. actually, ini adalah pengalaman kedua kami beli rumah, tapi rumah pertama dulu apartment jer la kan. walaupun dah dua kali buat benda sama, tapi pengalaman yang kami lalui saaaangat berbeza. dari segi prosedur, memang tak jauh berbeza. rumah pertama dulu, proses mengambil masa 8-9 bulan, baru lah dapat masuk rumah. Alhamdulillah kali ni mengambil masa 4 bulan jer. tuan rumah pun sangat berhati mulia, lebih-lebih lagi bila dorang dapat tau saya ni pregnant, semua permintaan saya dipenuhi. well.. kadang-kadang tu bukan pun permintaan saya, permintaan hubby sebenarnya.. tapi saya yang dapat nama. hahahaha..

jadi, dipendekkan cerita.. actually, kami sangat sangat sangat berterima kasih kepada penjual rumah ni sebab sangat sangat sangat prihatin dengan permintaan kami, walaupun ada minor-minor request yang dorang ‘lupa’ penuhi, but it doesn’t matter. they have done a lot for us!! thank you so much Mr. Eugine and Mrs. Aida.. kami akan jaga rumah korang sebaik-baiknya. πŸ˜‰

dan skang.. giliran kami plak yang akan busy selepas ni. saya dah booking 3 orang cleaner untuk bersihkan rumah pada 26hb ni dan saya perlukan salah sorang daripada cleaner ni untuk bantu saya buat kerja-kerja mengemas pada 27hb. Β actually, rumah tu memang dah dibersihkan dan dikosongkan sebulan yang lepas, kipas dan lampu dah berkilat, all cabinets pun takde habuk tapi.. ntah la, rasa macam nak juga cuci-cuci skit, sebab dah sebulan kosong kan? hubby akan urus bab lori dan angkat-angkat selected furnitures dari rumah lama pada 28-29hb. cuti kaamatan nampaknya sibuk untuk shopping keperluan-keperluan lain, harap-harap ada diskaun baik punya!!

Insya-Allah, awal Jun baru lah kami mula bermalam di rumah tu, of course perlu buat doa selamat dulu. housewarming? Insya-Allah, raya nanti la yer.. πŸ˜‰ jadi… 22-25hb ni nak buat apa?? huhuhu.. terpaksa lah melayan perasaan homesick yang dah tak sabar-sabar nak masuk rumah baru, tapi dalam masa yang sama, malas plak nak packing barang.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. Affienda says:

    Alhamdulillah… akhirnya rumah sendiri… buli la beraya sana nnt hihi… hmmm dekat sudah dgn 1Borneo πŸ™‚ …..

  2. fazilah says:

    laurah, rumah lama tu sewa kah?..kalau sewa brapa eik?..hihihi..apapon, congratsss dpt rumah idamannn…hihihi ^__^

  3. ibumadeeha says:

    TQ Fizah & Fazilah. Insya-Allah, kalau teda halangan, nanti saya jemput datang beraya ya.. Memang dekat sudah dengan 1Borneo, tapi biasanya kalau sudah tinggal dekat dengan sesuatu tempat, nanti tempat tu lah jarang kita p kan? Hehehe..

    Fazilah, rumah lama tu rumah kami beli juga. Husband memang ada plan mo kasi sewa orang. Kalau ko berminat, nanti saya bincang dengan husband ya. Kalau kawan, murah-murah jak bah, yang penting ada orang jaga tu rumah, kami kasi sewa sekali dengan perabot. πŸ˜‰ Barang-barang elektrik jak la kami bawa keluar.

Leave a Reply