Second pregnancy

Hahhh… Dah start dah lagi, sindrom tak dapat tidor. Kenapa ekk? Mungkin saya takleh tidor dalam suasana rumah yang sunyi kut. Sebab, bila danieL dan abah dia belum tidor, saya dah pengsan atas katil. Bila dorang dah tutup lampu, tutup tv dan nyenyak tidor, saya plak yang terbangun semula dan susah nak tidor balik. Haisshh.. Pelik la..

Takpe, takpe.. Lepas buat entri ni mesti dah boleh tidor!!! Ceh, konfiden jer..

Memandangkan ramai kawan-kawan dah mulai bercerita pengalaman bersalin dorang dalam blog, saya pun teringat la jugak pengalaman sendiri. So, sesape yang terlebih rajin tu, bole baca kat sini.

Alhamdulillah, masa tu dapat bersalin dengan normal walaupun terpaksa menunggu selama lebih kurang 14 jam. Pengalaman bersalin memang seronok sangat, sehinggakan sebaik sahaja proses meneran selesai, dengan spontan saya kata kat bidan, “bestnya bersalin!!” hahahaha.. Bidan tu pun terkejut dan menjawab, “apa?? First time saya dengar orang rasa best bersalin”.

Rupa-rupanya kesakitan tak berakhir di situ. Proses jahit-menjahit diteruskan plak dan masa tu lah saya rasa menyesal sangat cakap perkataan ‘best’ tadi. Huhuhu.. Sabor jer la.. Rupa-rupanya sakit dijahit itu lebih sakit daripada kontraksi dan meneran.

Tapi, ada gak orang bagitau, kununnya kalau bersalin kat swasta, sakit dijahit tu takde langsung. Biar betul?! Tetiba terasa nak try bersalin kat swasta plak kali ni, boleh??

Bila tanya pendapat hubby, dia pun setuju. Dengan syarat, masa pregnant ni kena jaga kesihatan dari semua sudut supaya takde lagi kes masuk wad macam hari tu. Dengan syarat, masa kontraksi tak mengambil masa yang terlalu lama, sebab swasta kan sangat terkenal dengan aktiviti potong-memotong.. Kan??

Aihhh.. Macamana nak patuhi syarat-syarat tu? Soal kesihatan ni bukan kuasa kita, tapi kita kena ikhtiar la juga kan? Antara tips-tips yang saya amalkan skang ni, minum air dengan kuantiti yang mencukupi. Biar la, tak kesah la kalau terpaksa berulang-alik ke toilet, yang penting tak kena urine infection. Kalau takleh terima air masak, tak kesah la minum air apa-apa pun yang penting ada penggantinya seperti 100Plus atau air berperisa.

Tips kedua, kurangkan muntah kerana muntah akan menyebabkan air dalam badan berkurang dan selera makan terhenti. Errr?? Boleh ke? Biasanya perasaan mual tu memang sangat sinonim dengan pregnancy, kan? So, macamana nak elak? Kalau mengikut kondisi dan pengalaman saya, saya perlu kurangkan makanan asam sebab ia boleh mengundang gastrik. Sentiasa memakai stokin dan pakaian tebal supaya badan tak mudah masuk angin. Kalau dah mula rasa mual-mual tu, cepat-cepat la ambik minyak angin.

Tips ketiga, nasihat ni saya dapat dari senior-senior yang dah banyak pengalaman. Dorang kata, kalau nak mudah bersalin, ambik produk Salindah. Actually, first pregnancy dulu pun dah pernah dengar recommendation sebegini, tapi masa tu kandungan dah masuk 5 bulan, pastu tak baper expert lagi dalam bab shopping online, so akhirnya tak ambik pun produk tu. Kali ni memang dah takde alasan, produk tu pun dah sampai, minggu ke-12 nanti boleh la mula mengamalkan ubat-ubatannya. Hopefully, dapat lah merasa kebaikan produk tu sepertimana yang diuar-uarkan. Amin..

Tips yang terakhir tentunya sentiasa berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan semuanya, semoga usaha-usaha ini beroleh keberkatan dariNya. Apapun, sehingga ke hari ni, saya belum lagi mula buat review dengan doktor. Huhu.. Jangan marah, misi. Insya-Allah, minggu ke-12 nanti saya akan mula merajinkan diri melawat korang yer… 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

4 Responses

  1. Affienda says:

    wahh… byk tips2 ni.. terima kasih bab kongsi heee hari tu ada member di opis pregnant.. dia selalu hidu limau nipis.. dia tdk makan asam2.. minyak angin pun sentiasa di sisi heeee…

  2. Syahada says:

    Biar betul lora, kena jahit lg sakit dr kontraksi. Dia x bius ke? Xkan la kot. Sha 2-2 mmg kat private, tp bab potong memotong tu bukan amalan, selagi x 10cm mmg dia x bg teran. Klu teran cara betul x perlu potong pun, and of course x perlu jahit pun.

    Pada sha, private ke, gomen ke, sakit bersalin tu tetap rasa, maybe part layanan la dpt exta ‘cheese’ sket. Huhu.. Padan la, berbaloi la kot dgan harga yang di bayar.

  3. ibumadeeha says:

    betul sha.. orang yang tak pernah bersalin kat hospital kerajaan, memang terperanjat dengan fakta bahawa sakit dijahit tu memang tak tertahan rasanya. ada gak bius, tapi skit sangat kut, main spray gitu-gitu jerk. setiap cucukan dan tarikan tu masih terasa jelas. huhuhu.. ramai pesakit kerajaan yang bagi pendapat yang sama, tapi tak tau lah kalau kes kat semenanjung. swasta kat sini plak penakut skit, tak berani tanggung risiko, skit-skit nak potong. kalau ada kes yang luar biasa, awal-awal lagi dah kena tendang masuk hospital kerajaan. huhuhu..

  4. Syahada says:

    Ooo..dia bius eh, tp sket ke, sbb kawan sha deliver kat gomen pun ckp bius, tp x tanya kak sakit ke tak. Uish! Seriau lak klu bius sket, x sanggup rasa, ingat jahit sluar koyak ke, jahit manusia okay. Serius seriau.

    Private kat ganu x banyak choice pun, ade la 2-3 kerat. Sibaik baik ade yg muslimah, so sha pilih yg tu. Tp awal2 dh kena sign agreement, yg kononnya klu berisiko diaorang akan transfer ke gomen. Sama je kot private mana2 pun.

Leave a Reply