Parenting Issues

Dah start dah, sindrom menguap sampai nak terkoyak mulut, tapi masih tak dapat tidor. Aiiihh.. Setiap malam pun macam ni, pusing sana pusing sini, mencari kedudukan yang sesuai, masih juga gagal untuk tidor. Terdengar plak dendangan lagu-lagu karaoke yang disumbangkan oleh warga apartment ni, pelik bin ajaib, setiap malam dorang nak melalak. Dorang ingat ni kampung mak bapak dorang ke?? Mujur bunyi-bunyian tu hanya sayup-sayup kedengaran, ntah macamana la perasaan orang yang tinggal seblok ngan dorang. Huhu..

Anyway, saya bukan nak menunjukkan bakat membebel disini, bukan ada kena mengena ngan korang pun. Ngehehe..

Dah lama terasa nak komen pasal kes remaja-remaja skang ni yang suka lari dari rumah, pastu jadi kes culik plak. Huhu.. Rasa geram kat remaja tu pun ada, rasa gerun pun ada gak.

Melihat situasi remaja itu, mereka adalah masa lampau saya. Tidak dinafikan dulu ada gak rasa terkongkong, tapi takde la terfikir sampai nak lari dari rumah. But, honestly zaman remaja dulu, saya bukan spesis manusia yang suka memerap di rumah. Sebab tu, saya sendiri yang buat keputusan nak tinggal di asrama. At least, boleh belajar berdikari dan tidak lah rasa terkongkong sangat.

Melihat situasi ibubapa itu, mereka adalah masa hadapan saya. Kenapa anak mereka lari? Apa salah ibubapa itu? Siapa yang bersalah sebenarnya?

Saya bukan expert pun dalam bidang keibubapaan ni, anak baru sorang, umur anak pun belum sampai 3 tahun. Tapi, sebagai persediaan, perkara-perkara sebegini perlu dicerna lebih awal kan?

Bagi saya, zaman skang memang dah jauh berbeza dari zaman ibubapa kita dulu. Tak kesah kau hidup di bandar ka.. di kampung ka.. memang dah tak sama dah. Skang ni bukan lagi masa yang sesuai untuk kita menambah zuriat sesuka hati. Faktor kewangan bukan lagi menjadi isu utama dalam membesarkan anak-anak. Skang ni, cleaner pun dah mampu upah orang lain untuk jadi babysitter dorang. Tapi, bagaimana dengan faktor pendidikan anak-anak? Faktor rohani? Adakah wajar kita menswastakan sepenuhnya kepada orang lain.

Saya rasa itu lah faktor utama yang menjadi cabaran ibubapa masa kini. Kita boleh hantar anak kita di sekolah yang terbaik tapi, adakah itu mencukupi untuk mereka menjadi anak yang soleh, atau sekurang-kurangnya tidak lari dari rumah atas pengaruh boyfren? Adakah si anak patut dipersalahkan 100%?

Jadi, sudah tentunya tidak. Seorang anak dilahirkan tanpa setitik dosa, ibubapa lah yang mencorakkannya. Sebanyak mana masa yang telah kita habiskan untuk mereka? Adakah masa itu dihabiskan secara berkualiti? Kalau kita ada 5 orang anak, macamana kita nak pastikan setiap daripada anak-anak kita tu mendapat perhatian yang sewajarnya? Jangan lupa, gejala sosial kini berada di hujung jari mereka. Bagaimana untuk kita mengawalnya?

Dan dalam masa yang sama, disebabkan bebanan kerja rumah dan ofis, kita tidak akan mampu melayan setiap karenah dan kehendak mereka. Kerana penat, dengan mudah kita menengking menggunakan kata-kata kesat. Adakah salah mencari rezki untuk membesarkan anak?

Ibubapa pastinya tersepit antara dua jalan. Sebab tu lah kehidupan skang perlukan perancangan yang teliti. Ingat lah, bagaimana cara kita melayan anak-anak kita skang, begitu lah juga layanan yang kita akan terima di masa tua kita nanti.

Dulu, ada seorang pacik tukang kebun yang bekerja di asrama kami. Pacik tu dah pekak disebabkan accident yang berlaku semasa dia bekerja sebagai penyelam. Saya sangat kesian melihat pacik yang agak uzur tu, masih memegang mesin rumput di bawah terik mentari. Lalu saya berkata pada seorang kawan, “kenapa anak-anak dia tak pedulikan dia?”. Kawan saya lantas menyahut, “kita tak tau apa yang dia dah buat kat anak-anak dia..”. Saya tergamam.

Memang tak patut ibubapa dihukum oleh anak-anaknya, walaupun mungkin dulu dia melayan anaknya dengan buruk sekali. Walau apa pun, mereka adalah ibubapa kita, tanpa mereka, tiada lah kita di dunia ni. Tapi, siapa yang mampu menyedarkan anak-anak itu? Hanya Allah pemberi hidayah, bukan?

Saya dah akui saya bukan lah pakar dalam bab ini, tapi benda-benda sebegini sudah mulai menghantui saya. I mean, kalau bukan skang, bila lagi kita nak mulai berfikir dan membuat perancangan kan? Takkan lah bila dah terkena batang hidung sendiri, baru nak kata, “kalau lah…”. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua untuk kita sama-sama fikirkan.

Wallahu’alam..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply