Underworld, The Movie (Part I)

Dah lama tak buat entri pasal movie, kan? Bukan sebab  dah lama tak buat lawatan ke panggung wayang, tapi sebab review bersepah-sepah dalam alam cyber ni. Kau google ajer lah. Tapi, kali ni I have a confession to make..

ecececes..

Saya ni peminat tegar filem bersiri Underworld! Hari tu sembang-sembang pasal movie ni dengan my colleague nak dekat sejam dalam posisi berdiri ok! Huhuhu.. So, hari ni nak melepaskan gian untuk buat entri ni. Kau layan ajer lah..

Mengisahkan tentang permusuhan/ peperangan di antara puak Vampires dan Lycans. Aihhh.. tak tau la apsal saya berminat sangat dengan movie sebegini, muka-muka hodoh dan darah bertaburan sana sini. Anyway, memandangkan citer ni dah masuk siri yang ke-4 tahun ni, saya tak tau macamana nak memendekkan citer.

First of all.. mungkin saya perlu start dengan nama Alexander Corvinus. Beliau merupakan bapa kepada 3 orang beradik iaitu Marcus Corvin (Vampire), William Corvin (Lycan) dan seorang manusia biasa. Memang takde langsung citer pasal anak ketiga ni, maybe sebab dia manusia biasa, so takde yang spesel untuk ditayangkan, hahahaha.. Btw, Alexander sememangnya manusia biasa yang immortal tapi ntah macamana dia boleh dapat anak yang berdarah vampire dan werewolf. Hahahaha.. Mungkin gen dari wife dia kut.. tapi takde juga citer pasal wife dia. Alahai.. jangan lah banyak tanya ok!! Ni bukan citer real pun.. (informasi tambahan untuk part ni sudah ditambah, sila rujuk ruangan komen ya..)


“Don’t ask me too much!! I’m totally innocent. Ask their mom!!” – Alexander Corvinus.

Marcus Corvin merupakan keturunan pertama puak Vampires. Do I need to explain more about vampires? Macam biasa lah, dorang boleh bertukar menjadi manusia dan mati hanya dengan pancaran sinar UV. Manakala William Corvin merupakan keturunan pertama puak Lycans iaitu serigala yang tidak boleh bertukar menjadi manusia. Kelemahan Lycans ialah perak.


“Grrrr!! Yes, I’m strong and I can eat you now!! But, I’ll be nice if you take my picture. Peace.. ” – William Corvin

Kedua-dua beradik ni mewarisi gen immortal dari Alexander. Sumber tenaga mereka ialah darah manusia dan sebab tu lah diawal-awal kewujudan mereka, dua beradik ni saling bersaing untuk mendapatkan makanan. Disebabkan serigala tu lebih ganas dan rakus, semakin banyak manusia biasa menjadi mangsanya dan bertukar menjadi serigala. Marcus mulai membenci abangnya sendiri.


“Aigoo.. mana tahan makan darah serigala, not delicious at all!! I want human!!” – Marcus Corvin

Raja Viktor merupakan seorang pemerintah di zaman itu. Di saat-saat akhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Marcus datang kepada beliau dan menawarkan kehidupan yang abadi dan sebagai balasan, Raja Viktor perlu membantu Marcus menangkap abangnya, William. Apabila persetujuan dicapai, Raja Viktor yang dulunya manusia biasa kini bertukar menjadi vampire dan sejak itu lah, keturunan vampires semakin bertambah di kalangan bangsawan. Operasi memburu William diteruskan dan akhirnya berjaya ditangkap dengan bantuan askar-askar Raja Viktor. Semasa penangkapan tersebut, tetiba plak Marcus tak sampai hati melihat abangnya diseksa. Namun, nasi sudah menjadi bubur.. akhirnya William dikurung di dalam sebuah gua.


“Now.. I’m immortal. And.. I am.. The King of Vampires!!” – Viktor

Suatu ketika, sedang raja ini beserta askar-askarnya menjalankan operasi membunuh puak Lycans, beliau telah menemui seorang bayi lelaki kepunyaan sepasang suami isteri serigala. Tidak sampai hati membunuh bayi itu, si raja pun membawanya pulang untuk dilatih menjadi askar. Bayi itu diberi nama Lucian, keturunan pertama Lycan yang boleh bertukar menjadi manusia. Selepas menjalani latihan, Lucian menjadi sangat kuat berbanding askar-askar lain dan akhirnya Raja Viktor berniat mahu menambah keturunan itu. Malangnya, Lucian dan keturunan-keturunannya hanya dijadikan hamba untuk mengawal istana dan sebagai buruh kasar. Mereka tinggal di dalam pagar besi dan leher mereka dirantai dengan gelang berpaku supaya tidak dapat bertukar menjadi serigala. Kesian…


“Adakah patut muka hensem-boi macam ni jadi hamba?! I cannot tahan ooo.. Kalau bukan kerana sumandak saya si Sonja tu, lama sudah saya lari.” – Lucian

Sonja merupakan satu-satunya anak kandung kepada Raja Viktor dan berperanan sebagai Death Dealer (pemburu Lycans). Tanpa pengetahuan si raja, rupa-rupanya Sonja dan Lucian sedang dilamun cinta. Apabila sampai ke pengetahuan raja, Sonja sudah pun mengandungkan anak hibrid vampire-lycan. Bah, apalagi.. meletuplah si kawan!! Akibat perasaan marah yang tidak terkawal, dengan perintah diraja, Sonja dibunuh dengan pancaran matahari dihadapan Lucian yang digari dan tidak dapat berbuat apa-apa. Punyalah tragik!! Selepas kejadian itu, Lucian berjaya melarikan diri dan mengembangkan keturunannya untuk memerangi puak Vampires. Kini, Lycans bukan lagi golongan serigala yang bodoh, tapi mereka adalah manusia yang ada strategi. Hehehe..


“Why you didn’t tell my dad about my secret affair, huh?! I’m having a very bad morning sickness and I can kill you now!!” – Sonja

Sememangnya Viktor adalah raja yang zalim. Setiap malam, beliau akan keluar untuk mencari mangsa di kalangan manusia. Suatu ketika, selepas sahaja tempat kurungan William siap dibangunkan, beliau telah menyerang rumah lelaki yang menyiapkan kurungan itu. Habis semua isi rumah dibunuh dan menjadi mangsanya. Namun, apabila beliau masuk ke dalam sebuah bilik, seorang budak perempuan sedang bersembunyi dalam keadaan ketakutan. Perempuan ini ialah Selene. Raja tidak sampai hati membunuhnya kerana teringatkan anak perempuannya yang telah mati, Sonja. Raja memberitahu Selene bahawa dia datang untuk menyelamatkan ibubapanya, tetapi mereka semua sudah mati dimakan oleh Lycans. Selene akhirnya dijadikan anak angkat diraja.


“So.. watsupp?! Wanna kill me? Come and get me first!!” – Selene

Dimana Marcus ketika ini? Tidak diciterkan dengan lebih lanjut, tapi kita assume saja Marcus sedang bersemadi di dalam kerandanya. Ini kerana, dalam tempoh seabad, hanya seorang sahaja pemerintah Vampires yang akan dibangkitkan daripada tempat persemadian. Selepas William ditangkap, kita assume saja Marcus juga ‘ditidurkan’ bagi memberi laluan kepada Raja Viktor merasa nikmat keabadian yang baru diperolehinya.

Aiiihh.. lenguh dah tangan ni. Nanti saya sambung dalam Part II ok!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

5 Responses

  1. Leyana says:

    Sa suda tingu 1-3.. nnt mo pi tingu yg 4 soon…

    Pelakon yg jadi Sonja sama Kate Beckinsale sama muka kan? sa ingat Kate juga yg jadi Sonja..

    Btw, sedikit tambahan bulih bah kan? Marcus jadi Vampire sbb kena gigit Bat, William pula kena gigit Wolf.. ada kena cerita di Underworld 2.. 🙂

  2. ibumadeeha says:

    oh yakah?.. saya nda perasan plak ada kena explain part yang itu, padahal banyak kali tinguk sudah ni. hahahaha.. Thanks.

  3. ibumadeeha says:

    saya sudah p tinguk tu no. 4 punya, best jugak la tapi.. macam ada nda puas hati skit. hehehe.. ko tinguk sendiri la, nanti nda suspen plak.

    ya, lebih kurang sama muka dorang, tapi si kate lagi cantik la.. 😉

  4. Affienda says:

    Belum lagi tengok nombor 4…. tunggu husband download jak hehe…. 1-3 sudah tengok la.. siok ni cerita… mau tinguk 1-4 tanpa henti barulah jelas ceritanya hehe… mcm baca buku/novel berulang2…

  5. ibumadeeha says:

    yup.. sebab movie dia kuar 3 tahun sekali, so setiap kali keluar yang baru, mesti review balik siri yang lama-lama.

Leave a Reply