IG6 untuk antibodi anak

untuk kali yang ntah ke berapa.. selalu jer terbaca status ibu-ibu di FB mengatakan anak dorang mudah sakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. kesian.. sape yang tak risau kalau anak sakit kan? kalau ibu-ibu bekerjaya, terpaksa lah ambik cuti emergency. huhuhu..

saya bukan nak taksub ke, takbur ke aper.. tapi just nak share informasi berguna dan berkesan, sekurang-kurangnya untuk kes danieL. dulu danieL pun sama macam budak-budak lain gak, cuaca berubah skit jer, dia dah mulai batuk-batuk, demam dan selsema. pastu kadang-kadang lebih seminggu baru sihat sket. baru beberapa minggu sihat, sakit berulang lagi, padahal antibiotik baru jer habis, kena ambik antibiotik lain plak. huhuhu.. rasa macam takde kesudahan, anak pun asek makan ubat jer.

pastu, dapat recommendation dari seorang auntie. dia suruh bagi danieL makan produk Elken iaitu IG6. menurut auntie ni, dulu anak dia pun selalu sakit, maklum lah setiap hari kena hantar ke nursery, bila anak orang lain sakit, anak dia pun terjangkit. tapi, bila dah ambik produk tu, dalam tempoh 3 bulan jer dah nampak perubahan ketara. antibodi anak semakin kuat dan tak mudah sakit.

well.. of course, masa mula-mula dengar tu, memang la tak percaya langsung. tapi, bila hubby dah mula berminat dengan makanan-makanan tambahan, kami pun try la bagi IG6 untuk danieL. kalau tak silap, bermula bulan puasa (Ogos 2011) sampai lah ke hari ini, alhamdulillah.. danieL tak sakit. hari tu dia ada batuk skit, masa tu memang musim batuk dan selsema, so kami ikut nasihat auntie tu, dia kata kalau anak dah menunjukkan simptom-simptom nak sakit, bagi dia makan IG6 tu dengan kadar dua kali ganda dari hari biasa. jangan risau, IG6 ni bukan sejenis ubat, tapi hanya lah makanan tambahan iaitu sejenis kolostrum yang diambil dalam tempoh 6 jam selepas kelahiran anak lembu. selepas 2 hari, batuk-batuk dah hilang dan selsema pun tak menjadi. alhamdulillah..

samada ibu-ibu di luar sana percaya atau tidak, cuba dulu baru tau kan? harga dia memang ada mahal sket la, tapi demi anak, apa salahnya kan? lagipun, kalau anak selalu sakit, terpaksa juga kita belikan ubat dan kalau dikira-kira semua kos yang terlibat, harganya pasti sama atau lebih dari harga produk ni. terutama sekali kalau anak yang kerap dan mudah sakit, cuba lah produk ni. kalau anak kurang sakit, walaupun selera makan dorang tak sekuat mana, secara automatik tumbesaran dorang tak terganggu. personally, saya memang berpuas hati dengan produk ni sebab danieL pun suka, kalau boleh setiap jam nak mengunyah pil IG6 dan pengambilan pil ini tidak menambah selera makan danieL, tapi tumbesaran dia maintain giteww…

maklumat lanjut berkenaan produk ni, boleh lah tanya Uncle Google ya.. 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply