Ariani

Cehh!! Mentang-mentang semua orang sedang hot bercakap pasal Ariani. Ada yang hot sebab menyesal beli Ariani, walaupun harga Sale, masih gak rasa tak berbaloi. Ada yang hot tak sudah-sudah nak mengunjungi Galeri Ariani, selagi duit gaji tak habis lagi. Ada yang hot bila tengok koleksi Ariani yang belum dibeli sebab tak cukup bajet. Aduh.. HOT sungguh!!

Korang berada di kategori mana? Yang tak terperangkap tu, golongan berkecuali la kan? Korang mungkin tak merasai kehangatan ini.

As for me, Ariani memang mahal okeh!! Walaupun dia dah buat Sale, pastu tambah lagi diskaun 15% untuk Platinum member, masih juga mahal harganya jika dibandingkan tudung-tudung yang dijual kat Sinsuran, Segama, Wisma Merdeka dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Mengenang kembali kebangkitan era ‘tudung ekspres’ ni. Selepas lebih setahun orang mulai mengenakan tudung ekspres, baru la terdetik rasa dihati untuk memilikinya. Bila tengok celebriti pakai, alamak.. Comelnya!! Masa tu memang jenama Ariani la yang mendahului jenama-jenama lain. Tapi, kat Sabah ni agak ketinggalan skit. Koleksi tudung pun tak banyak, kalau ada pun, kualitinya tak ok, asalkan ada jer..

Beberapa tahun kemudian, baru lah Galeri Ariani dibuka di Alamesra. Memula masuk, alamak mahalnya!! So, tudung-tudung ekspres yang murah-murah jugak la jadi pilihan. Lagipun boleh dikatakan skang ni sesape pun boleh keluarkan design tudung ekspres yang cantik dan murah, kan?

Setelah bosan dengan jenama murah, teringin gak la nak beli yang berjenama skit. Ariani tak mampu, so cuba Pearl Haya dan Fareeda dulu.

Beberapa tahun kemudian, baru lah saya perasan rupanya tudung berjenama ni lebih berkualiti daripada tudung-tudung murah tu. Ia tak mudah lusuh, jahitan yang kemas dan tak putus dan kainnya tidak berbulu. Maka masa tu lah saya mulai bertekad tak nak dah beli tudung sembarangan.

Tapi, saya dapati fesyen-fesyen Pearl Haya dan Fareeda dah tak sesuai untuk orang seperti saya. Bagi saya, terlalu banyak aksesori berjuntaian di sana-sini dan saya bukan orang yang cukup berani untuk menggayakannya. Hahahah.. Jadi, terjeling jugak la kat Ariani, fesyen yang sangat eksklusif, elegant dan sesuai untuk spesis manusia seperti saya.

Mungkin sesetengah orang berpendapat, design Ariani sangat simple tak sesuai dengan harganya. Jangan risau, saya pun setuju dengan korang. Tapi, korang harus ingat tak semua orang berani menggayakan tudung dengan fesyen yang pelik-pelik okeh. Ada orang mementingkan kesederhanaan tetapi masih cantik dipakai. Terima kasih Ariani kerana tidak menyisihkan golongan seperti kami. Hohoho… Walaupun mahal, saya yakin design-nya unik dan tidak boleh ditiru oleh mana-mana pengeluar tudung yang lain.

Maka dengan ini, secara rasminya saya menjadi pelanggan setia Ariani. Kalau nak pinjam member card, boleh inform saya yer.. Hehe..

Credit to Ariani

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. Rina says:

    Dear, Ada je pearl haya murah. Cuba tgk facebook “telekung travel sharzlin”. Ada diskaun. Sgt gorgeous! Dah byk abis

Leave a Reply