My Lazy-day

Kalau dulu, sejak bergelar umi, istilah lazy-day tidak wujud pun dalam kamus hidup saya. Malah, masa tidur pun perlu diselaraskan dengan masa tidur danieL.

Tapi, hari ni.. Buat pertama kali, danieL begitu supporting membiarkan saya tidur dan bermalas-malasan di atas katil. Sekali sekala dia join sekaki, mengharapkan pelukan dan memberikan ciuman kepada saya yang sebenarnya tidur-tidur ayam, malas nak bangun. Sedang entri ini ditaip, saya masih berada di atas katil. Tetiba teringin nak kongsi insiden yang baru saja berlaku tadi…

Kedengaran bunyi tapak kaki danieL berlari-lari anak masuk ke bilik. Saya mencelikkan mata. Kelihatan dia sedang berusaha menanggalkan seluarnya untuk melepaskan ‘hajat kecil’ di dalam toilet. Saya bingkas bangun, mana lah tau dia perlukan pertolongan..

“bukk!!”

Kaki saya terlanggar sesuatu, rupa-rupanya jug yang berisi sedikit air telah jatuh dari atas katil. “aikkk.. Sejak bila plak ada jug atas katil ni? Dari tadi saya berguling-guling atas ni, tak nampak pun jug ni”.

Nampaknya danieL tak perlukan pertolongan saya. Selesai sahaja melepaskan ‘hajatnya’ itu, saya bertanya, “danieL.. Air ni untuk apa?”. Si kecil menjawab, “ici..” yang bermaksud cuci. Owh.. Rupa-rupanya dia sempat ambik air dari dapur sebelum berlari ke toilet.

Umi so proud of you, danieL!!

Tak lama kemudian, dia menuju ke dapur dan kembali bersama kain lap di tangannya, sedia untuk mengelap air yang tumpah tadi. Huhuhu..

Nampaknya, from now on, I can have my own lazy-day. Thanks a lot, danieL. Mmuuaahh.. Mmuuaahh.. Mmuuaahh..

By the way, he is only 2 years + 4 months old.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. Kakak nong says:

    heheh… kau percaya atau tidak, c adam sdh mencapai tahap daniel tu sekarang. pantang nampak lantai kotor, dia p sapu, pantang nampak air atau susu tumpah, dia p ambil kain lap dan lap sendiri. Kalau mau berak, dia p tandas ambil tampui. kalau boring tengok tv, dia switch off tv, kalau boring tengok movie di computer, dia switch off karen (tanpa shutdown). kalau mainan dia bersepah, bila ada mood baru dia p kemas, kalau dia lapar, dia panjat meja dan buka tudung saji mencari makan. Tapi… kalau dia tidak dapat apa yg dia mau… habislah… mengamuk jak dia tu.

  2. ibumadeeha says:

    iya? cepat juga dia belajar kan? bagus lah tu.. actually danieL pun sudah lama pandai lap air tumpah, tutup tv, kemas mainan… tapi, yang ambik air untuk cuci tu baru first time. hahahaha.. kalau mentua saya jaga dia di rumah, semua hal-hal di rumah tu, dia yang ajar mentua saya. mo pasang tv ka.. mo guna vacuum cleaner ka.. dia lagi yang lebih expert be..

  3. Kakak nong says:

    jgn sekat apa yg dia mau. kanak2 membesar mmg suka mencuba benda yg baru. cuma pastikan keselamatan dia.

Leave a Reply