Happy New Year 2012

begitu cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar kita sudah berada di hari ke-5 tahun 2012. hopefully belum terlambat untuk saya nak wish Happy New Year atau dalam versi Melayu-nya ialah Selamat Tahun Baru, kawan-kawan!!

so, azam baru? boleh check kat footer blog ini yer. tidak banyak, tapi agak berat. Insya-Allah, berbekalkan kudrat yang diberi oleh-Nya, akan diusahakan sebaik mungkin, Lillahi Ta’ala.

sedang orang sibuk nak menyambut tahun baru, kami plak sibuk menganggu kehidupan orang yang tengah bercuti. huhuhu.. Maaf… orang macam kami ni memang suka ambik kesempatan semasa sedang bercuti.

silakan masuk, tetamu yang tak dijemput..

pintu ternganga luas menyambut ketibaan korang

buat macam umah sendiri yer..

eh, ada tangga. jom tengok apa ada kat atas..

ooww.. ini master bedroom yer..

“yang ini saya punya!”, kata danieL

“yang ini, baby girl punya!” sambung danieL lagi

“yang ini kasi kakak tinggal”, ujar danieL

camni jer dry kitchen dia? alahai…

meh tengok apa ada kat belakang plak..

ni wet kitchen ker? huhuhu..

begini lah suasana kat belakang

actually, kami tak jual rumah. kami yang nak beli rumah. so, sempena tahun baru, kami dah target rumah ni pada hari pertama 2012. jadi, mulai 2 Jan saya sudah bekerja keras menguruskan permohonan loan kerajaan. Insya-Allah, saya akan share pengalaman saya dalam entri-entri yang akan datang. jadi.. stay tuned…. konon!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply