2011… sayonara..

sob sob sob.. macam sedih semacam jer nak meninggalkan tahun 2011. dalam masa yang sama, ada sedikit semangat memulakan tahun baru! tapi.. sebelum menyambut kehadiran tahun baru, jom review apa yang kita dah capai pada tahun ni.

Personal Development
Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua, banyak yang saya pelajari tahun ni terutamanya dalam bab-bab spiritualiti. walaupun belum secara menyeluruh, at least kesedaran itu sudah bermula dan sudah menghasilkan sedikit action. norma hidup, kita ni insan biasa yang mudah lupa daratan. Astaghfirullahal ‘azim.. semoga Allah memelihara keimanan ini agar tidak lagi terpesong ke jalan yang salah.

Skills & Performance
selain skill programmming yang bertambah sedikit sebanyak, skill menjadi penceramah pun dah ada tapi, masih terhad pada bidang kepakaran saya. honestly, kalau dulu setiap kali nak present something, rasa macam nak pitam jer.. tapi, setakat ni belum pernah pitam depan orang larr.. hahahaha. at least skang ni kalau diundang sebagai penceramah, 1 hari sudah cukup untuk buat preparation, dengan syarat bidang itu sesuai dengan kepakaran saya. dari segi documentation, banyaaaak lagi perlu saya pelajari dan terokai. walaupun sebelum ni saya cuba mengelak kerja-kerja sebegini, tapi skang saya sedar.. saya tak boleh lari ke mana-mana. just deal with it, bebeh!!

Leadership Skills
saya rasa.. saya masih baru dalam area ni, rasanya 1 tahun tu belum cukup untuk saya menjadi leader yang baik. ceh.. alasan tak habis-habis. saya perlu belajar menjadi lebih confident! reading books is one thing.. but the most important thing is.. how to practice it in a real life? saya nak jadi leader yang macamana? orang kata, kita semua adalah pemimpin untuk diri sendiri. kalau kita berjaya memimpin diri kita, Insya-Allah kita ada kemampuan untuk memimpin orang lain. honestly, saya masih dalam fasa mencari benih kepimpinan yang ada dalam diri saya, yang boleh disalurkan kepada orang lain. masih jauh perjalanan kan? hopefully, dengan peluang dan tanggungjawab yang diberikan, saya dapat mengasah bakat kepimpinan saya, step by step. Insya-Allah..

Health
azam 2011 kununnya nak meningkatkan tahap kesihatan. yelah.. tanggungjawab dah bertambah, harus menjaga kesihatan diri sendiri supaya dapat menjaga kesihatan orang lain plak. antara strategi yang dirancang ialah mengamalkan minum susu setiap hari dan jogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. so, guess what? aktiviti jogging tak tercapai langsung ok! huhuhu.. tapi, tahun ni, hubby juga dah mula membuat pelaburan dalam pembelian supplements untuk kami sekeluarga. for me, supplement tu ok gak la, memang ada nampak kesan positif tapi.. makan supplement tak sama keseronokkan-nya seperti keluar bersenam, kan?

Family
walaupun dalam kesibukan menguruskan hal rumahtangga dan kerjaya, tahun ni sempat gak buat family trip di beberapa buah tempat seperti Kinabalu Park, Sunway Lagoon dan Taman Pertanian, Tenom. kami teringin gak nak gi luar negara, tapi first thing first la kan? banyak lagi impian hidup yang lebih utama belum tercapai ni. tahun ni juga genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami. semoga kami terus tabah menghadapi liku-liku hidup berumahtangga. dalam masa yang sama, tanggungjawab menjaga my dad sudah terletak di bahu kami 3 beradik dan disebabkan saya yang paling rapat dengan my dad dan kebetulan plak tinggal lebih dekat dengan dia, jadi saya memegang tanggungjawab itu dengan redha. Alhamdulillah, hubby sentiasa bagi sokongan yang saya harapkan. he is the best!!

Finance
Alhamdulillah.. segalanya milik Allah jua. kita hanya mengusahakan apa yang telah disediakan oleh-Nya. tahun ni rezki hubby semakin bertambah dan saya pun tumpang sekaki gak la. hahahaha.. biasa la manusia ni, bila dapat duit lebih skit, mula la berbelanja yang bukan-bukan, sebab tu duit tak pernah nak cukup. so, kena selalu ingatkan diri sendiri untuk buat simpanan/ pelaburan tambahan dan bersedekah. honestly, saya baru tau rupa-rupanya zakat pendapatan tu wajib dibayar, kan? seriously, dulu memang pernah belajar kat sekolah tapi, langsung tak ingat hukumnya wajib. masa tu kan masih berstatus pelajar, mana la nak fikir sangat pasal pembayaran zakat ni, sebab belum ada income sendiri. so, tahun depan kena apply pembayaran zakat melalui slip gaji, mudah dan cepat.

overall, banyak kenangan manis yang dilakarkan pada tahun ini dan banyak gak ilmu yang ditimbah. walaupun ada beberapa target yang tidak kesampaian namun itu bukan alasan untuk berputus asa. dalam masa yang sama, sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa apa saja yang kita miliki di dunia ini, ia adalah nikmat dari Allah. tirai 2011 ditutup dengan lagu ini. sama-sama kita hayatinya…

Tajuk: Mana Milik Kita?
Artis: Rabbani

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita. Semua yang ada. Allah yang punya
Tidak ada kita punya. Kita hanya mengusahakan saja. Apa yang kita dapat. Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya. Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja. Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya?
Tidak ada kepunyaan kita. Kita hanya mengusahakan. Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong memiliki Allah punya?
Mengapa tidak malu kepada Allah yang empunya?

Patut bersyukur kepada Allah yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri, kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit-ungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur, bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah, bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja agar tidak mengungkit-ungkitnya

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. Syahada says:

    Touched by this entry. 😉

Leave a Reply