yang selalu dirindui..

agak lama tak mengumpat pasal orang yang selalu saya rindui tu kan? siapa lagi kalau bukan budak yang bernama abraHam danieL itu. hehehehe.. skang ni macam-macam perangai jer dia tu, walaupun belum berapa fasih bercakap, tapi.. dah pandai main kelentong ok!

sebagai contoh, dia suka sangat ikut saya masuk bathroom bila saya nak mandi. nak main air lah tu..

danieL: aju.. (saya nak buka baju)

umi: no-no!

danieL: man-dy (saya nak mandi)

umi: danieL kan sudah mandi!

danieL: cing (saya nak kencing)

umi: ek’eleh.. masa tak pakai pampers, selamber je kencing atas lantai. danieL kan sudah pakai pampers tu, kencing la dalam pampers jer laa…

danieL: baw!! (bau)

sambil menghodohkan muka dan mengipas-ngipas hidung. danieL danieL.. ada jer alasan nak join mandi dengan umi. huhuhu..

yup, dia belum baper fasih berkata-kata. selalunya perkataan yang dia sebut adalah suku kata terakhir jer. apapun, saya bersyukur sangat sebab dah ada perkembangan.

setiap hari, saat yang paling saya nantikan bersama danieL ialah melihat dia bangun dari tidur. sebab masa tu lah dia akan mengeliat dan berguling-guling atas katil.  hehehe..

selain umi dan babah, skang ni danieL dah kenal atuh (atuk), neneh (nenek), auntie, uncle dan kakak dia. kalau tanya sape danieL? dia akan tunjuk diri dia sendiri. kalau suruh sebut perkataan ‘hensem’ atau ‘comel’, dia akan tunjuk diri dia sendiri. kalau tunjuk gambar dia sendiri, dia akan cakap itu ialah ‘baby’.

 

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply