Rules of Friendship (Part II)

Langkah yang paling mudah, selamat dan tak payah buang masa pening-pening kepala nak fikir ialah.. silent treatment yang berterusan sampai bila-bila. Tak kesah la baper kali dia tekan button ‘Add Friend’, saya tetap akan pilih button ‘Delete Request’. Memang macam brutal, tapi pada satu sudut, saya nampak ‘macam’ baiiiik jer sebab.. saya tak nak jadi orang ketiga antara dia dan suami dia. Saya tak nak nanti bila saya berkawan semula dengan dia akan menimbulkan fitnah antara saya dan suami dia. Lagipun, ada ramai lagi kawan yang boleh saya percaya dalam dunia ni! Huhh..

Apa plak jawapan orang yang beriman? Orang yang beriman pada qada’ dan qadar, yang percaya bahawa SEMUA yang berlaku di atas muka bumi ini adalah ketentuan dan takdir daripada Allah. Yang percaya bahawa SEMUA makhluk yang hidup di muka bumi ini adalah diciptakan berpasang-pasangan. Yang percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Yang percaya bahawa perempuan baik diciptakan untuk lelaki yang baik. Yang takut dengan kemurkaan Allah terhadap hambaNya yang memutuskan tali silaturrahim sesama Islam. Yang percaya bahawa kasih-sayang Allah terhadap kita adalah berdasarkan kasih-sayang kita sesama manusia. Yang percaya bahawa Allah sentiasa menerima taubat hambaNya selagi pintu taubat belum tertutup. Yang percaya dan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Orang seperti ini, hatinya dengan penuh ikhlas menekan button ‘Confirm’.

Bagaimana pendapat orang ‘moden’? Orang yang mudah sangat terikut dengan pengaruh barat dan salah satu daripadanya ialah.. “I never get jealous when I see my ex with another girl because my mom always taught me to share my used toys with the less fortunate”. Orang yang menganggap semua kekasih lamanya adalah bahan mainan belaka. Sape nak ambik, silakan.. so, I have no problem to accept her request to be my friend again.

Jawapan sebenar saya?..

Saya akui, tahap keimanan saya tidak lah se-perfect mana. Bak kata orang, iman ini ibarat laut ada pasang dan surutnya. Saya adalah insan lemah yang seringkali melakukan kesilapan tapi, saya cuba belajar dari pengalaman sendiri.

Dulu saya pernah digelar sebagai ‘cengeng’ oleh kakak saya sendiri. Sikit-sikit menangis. Maklumlah, parents dah bercerai, so bila balik rumah my mom, saya akan rasa bersalah terhadap my dad. Bila balik rumah my dad, saya akan menangis meninggalkan my mom. Sampailah pada satu tahap, yang mana masa tu saya dah mula bersekolah, dah mula belajar Rukun Iman dan dah mula faham tentang kehidupan. Saya sedang menangis di pangkuan my dad, sambil dia mengusap-usap rambut saya..

My dad: Kat sekolah ada belajar Rukun Iman kan?

Saya: Ada.

My dad: Apa Rukun Iman yang ke-6?

Saya: Beriman Kepada Qada dan Qadar.

My dad: Maksudnya.. sebagai orang Islam, kita mesti percaya bahawa semua yang terjadi di atas muka bumi ini adalah ketentuan Allah. Dulu, daddy pun macam kamu jugak, selalu merintih kenapa perceraian daddy dan mommy boleh terjadi? Tapi, akhirnya daddy faham semua ni adalah ketentuan daripada Allah dan Dia yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Jadi, selepas ni, daddy pun mau kamu faham dan tidak perlu menangis mengenangkan kisah silam ok.

Saya hanya mampu mengangguk sambil berazam bahawa hari itu adalah hari terakhir saya menangisi perceraian mereka.

Based on that story, saya mula percaya apa saja yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan Allah untuk menguji sehebat mana tahap keimanan kita. Bak kata Ustaz Pahrol, jangka masa kehidupan kita di dunia ni jika dibandingkan dengan alam akhirat, hanyalah selama 1 jam lebih jer, ibarat kita berada dalam dewan peperiksaan. Life is too short ok! Pergunakanlah masa yang ada ini untuk kita melakukan kebaikan, untuk kita menyiapkan bekalan yang cukup  untuk ke akhirat, untuk kita saling memaafi sesama insan, untuk kita pandang ke hadapan.. dan sebagainya.

Kadang-kadang kita merasakan hidup ini sangat complicated padahal sebenarnya diri kita sendiri lah yang menjadikan ianya complicated. Apa sangat lah complicated-nya tekan button ‘Confirm’ tu? Agaknya kita terlalu banyak tengok drama Melayu kut.. Nur Kasih la.. Adamaya la.. Hahahaha..

Mungkin ada yang masih berkeras tak nak tekan button ‘Confirm’. Bukan sebab tak percaya dengan takdir Tuhan tapi, sebab tak nak bertembung semula dengan bekas kekasih itu. So.. kenapa macam tu? Kenapa tak nak bertembung dengan bekas kekasih? Sebab dia pernah membuat kau bahagia? Sebab kau pernah berkongsi suka dan duka dengan dia? Well.. if you trust yourself, semua tu adalah kenangan yang tak perlu difikir-fikirkan lagi. If you trust yourself, kenangan itu tidak setanding dengan kebahagiaan yang kau sedang rasai sekarang. If you trust yourself, you will choose ‘Confirm’.

If… you trust yourself..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

4 Responses

  1. sapphire says:

    ermm..payah jg nie BY..hahaha ayat ‘ if…u trust urself’ di bawah tu buat aku teragak2 mo bagi komen..errm, bak kata org melayu..berat mata memandang berat lg bahu yang memikul kan..teda sapa yg sempurna..(aku pun lemah iman jg..pasang surut..hahha) tpi andai hukum sda jelas di depan mata knapa kita ambil jalan lain untuk berpaling & mengabaikannya..dangerous tu..hehe,so pendek citer..cuba tekan butang ‘confirm’ tu..then apa yg berlaku seterusnya..kalu baik alhamdulillah..klu x baik..cuba terima itu sebagai ujian daripada Allah SWT..
    .“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)”
    hehe…sbg org moden..aku pun sakit ati jg klu ada kwn camni..klu bule kasi jak silent treatment 4ever..haha..persoalannya, ikhlas ka dia??

  2. ibumadeeha says:

    yep.. mungkin tu juga salah satu sebab kita tidak mau accept dia. sebab.. kita tidak tau sejauh mana keikhlasan dia nak add FB kita. mungkin sengaja mau tunjuk-tunjuk kebahagiaan dia kan? ermmm.. good point!

  3. nuramalin says:

    ya…nobody’s perfect…aku pernah add my-Ex and later delete..bukan lg delete….block permanently…sbb dia mula merapu dan nothing positive come out of being friends again…so walk on la kan hehe

  4. ibumadeeha says:

    Nura, smart decision!

Leave a Reply