Our 3rd Anniversary..

dan… genap lah tiga tahun usia perkahwinan kami. muda lagi.. memang masih muda. tapi, dalam 3 tahun ni macam-macam benda kami dah belajar bersama, harungi bersama. sebagai insan biasa yang lemah, kadang-kadang rasa macam give-up dengan ujian, tapi.. apa gunanya hidup tanpa ujian? ujian ni lah sebenarnya rempah ratus kehidupan. seperti memasak juga, kena ada gula, garam, lada sulah, pelbagai jenis rempah dan sebagainya, barulah makanan jadi sedap kan?

errr.. apesal ada nasi beriani lepak kat sini? sebab tadi kan kita citer pasal makanan, so salah satu menu untuk anniversary kali ni ialah nasi beriani! actually, dari 2 hari lepas teringin nak makan ni, tapi.. punya ramai makhluk kat 1Borneo tu! tepi-tepi jalan utama pun dah jadi tempat parking. so, tak kuasa la nak berasak-asak demi si nasi beriani.

hahhh.. ni baru betul, kejadian pada 20 Disember 2008. gambar pengantin yang sudah kepenatan bersama ofismate dari BET, hehehehe…

macam tahun-tahun lepas, kami ni tak pandai pun nak celebrate anniversary. ambik cuti, makan kat luar berdua-duan dan tengok wayang jer lah agenda biasa. memula plan nak tengok wayang sepanjang hari, tapi.. bila tengok jadual dalam GSC, tak banyak plak wayang yang menarik. maybe, tengok Mission Impossible: Ghost Protocol jer la kut.

apa yang penting dan sangat-sangat diharapkan, semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga. haihhh.. bila nak dapat second baby ni? ececes.. bunyi macam stress jerk. hahaha.. takde la, tak stress pun. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, kan? lagipun, honestly sejak 4 tahun lepas, baru lah tahun ni kesibukan rumahtangga agak berkurangan, tapi kesibukan tempat kerja plak yang bertambah. hopefully, tahun depan dah ok skit kan? yeker? ntah-ntah selepas SBPA, semakin busy la agaknya. apapun, busy ke tidak, kami dah beli 2 tiket untuk ‘makan-angin’ ok! so, 2012 will be our 2nd honeymoon. hohohoho.. Insya-Allah..

“maaf.. tidak ada puisi-puisi jingga bersulam kata-kata manis dan jiwang karat bisa ditulis di sini sebab.. penulis blog memang tak pandai nak berjingga-jingga ok. hehehe.. btw, rasanya ni adalah entri pertama saya berkenaan anniversary kami sejak 3 tahun perkahwinan. huhuhu..”

– scheduled post –

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply