cuti-cuti-cuti..

minggu ni ramai sangat orang ambik cuti sampai next year! ofis sunyi banget.. why am I still here in the ofis? nak buat kerja, tapi hati berbisik-bisik.. “jeling-jeling lah dulu Pn. Blog yang sudah lama kesepian tu?”. cis, akhirnya saya tersadai di sini, memang takde idea nak berceloteh.. so, layankan ajer la apa yang ditaip mencarut oleh si jejari. hahahaha..

hohoho.. Merry Christmas!

so, how’s your holiday? macam di KK, memang sangat jammed tahap dewa-dewi! sebab tu kami sepakat melarikan diri ke kampung En. Hubby. huhu.. dah 2 minggu berturut-turut tak menjenguk my dad kat kampung, bukan sengaja tapi, ada halangan yang tak dapat dielak. saya yakin my dad baik-baik aja di sana. Insya-Allah, hujung minggu ni kami datang melawat dia k..

cuti memang tak dirancang langsung, tetiba member bagi cadangan buat lawatan ke Sipitang, cari buah durian. Sipitang lagi? actually, bulan lepas pun dah pegi Sipitang (atas urusan kerja En. Hubby), tapi masa tu durian tak banyak sangat. so, lepas berdiskusi dengan peserta rombongan, akhirnya aktiviti Krismas kami ialah memajak buah durian di Pekan Sipitang. Hahahaha.. memajak kunun, padahal hasil tangkapan tak sampai pun RM 200.

selepas aktiviti memajak durian, masing-masing masih rasa tak nak pulang. so, perjalanan diteruskan lagi ke Pekan Tenom. untuk apa? untuk lunch sahaja. hahahaha… macam lah Pekan Sipitang tu takde tempat makan. lepas lunch, masih rasa tak nak pulang so, kami pun menyinggah ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. as expected, memang takde sape yang bertugas pada hari tu, tapi pintu utama ternganga luas, menyambut ketibaan kami. apa yang ada di sana? meh tengok..

silakan masuk.. buat macam umah sendiri..

kenali bangsa Murut..

cuaca pada hari tu sangat mengizinkan, tidak panas dan tidak hujan, redup jerr.. so, takde la penat sangat. sampai umah mentua, pukul 9 pm lampu dah padam, masing-masing dah dibuai mimpi nan indah. ececes..

esok pagi, mentua masak bubur durian. nyum nyum.. danieL plak dah belajar benda baru iaitu kencing dan pooohh dalam tandas. yeah!! pasni, boleh la berjimat skit dalam pembelian pampers. tapi, kekadang ada gak ‘accident’ kat tengah-tengah dunia. dah terkeluar skit, baru dia bersuara “encing..”. terus kelam kabut bawa dia ke toilet untuk meneruskan ‘hajat’. good job, danieL! nampak gayanya target kedua (babai pampers) boleh tercapai lebih awal sepertimana target pertama (babai cucut) dulu. eh, bila masa ada set target untuk danieL ni? ada.. dalam hati jer.. hehehehe…

perjalanan balik ke KK diserikan lagi dengan perfume daripada En. Durian. mak aiihhh.. wangi semerbak, sampai terhuyung-hayang dibuatnya. erggghhh.. perjalanan 2 jam yang paling menyeksakan. sampai umah, terus saja pengsan atas kusyen. sekali sekala terdengar suara danieL memanggil, “umi.. umi.. main game!” errr.. tak larat la danieL..

selepas sejam tak sedar diri.. sedar-sedar jer, danieL tengah main video game race-car dengan abah dia. huhuhu… anak saya dah ketagih main video game! abeh laa..

pagi tadi bila saya cakap, “danieL.. hari ni danieL pegi umah kakak ya..”. danieL jawab, “NO!”. huhuhu.. sedih sangat tengok dia menangis-nangis dalam keta abah dia. rasa macam nak jer gi amik dia lepas ni, bawa dia lepak dalam ofis. tapi.. mampukah dia bertahan duduk dalam ofis ni, tanpa bekalan mainan yang mencukupi? huhuhu..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply