Salam Hijrah..

tahun Hijrah sudah berganjak ke 1 tahun lagi.

azam tahun lepas macamana? hwargghhh.. boleh kah kalau buat-buat lupa atau tutup mata sebelah je. hahahaha.. tahun lepas memang tak banyak sangat pencapaian, tapi ada la juga yang tercapai dan ada juga yang masih dalam proses.

azam tahun baru? semestinya berusaha untuk mencapai azam tahun lepas yang belum terlaksana dan berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik. jom kita singgah ke blog Ustaz Pahrol di Genta Rasa, semoga perkongsian beliau dapat membersihkan HATI kita seterusnya meningkatkan lagi keimanan kita kepada Maha Pencipta.

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.” – Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir.

10 Tanda HATI yang mati ialah :-

  1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya

Salam Hijrah buat semua!! 🙂

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply