changes..

sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Awal Muharram dan bukan luar biasa lagi, Muharram itu sangat sinonim dengan Hijrah. tapi, memandangkan saya bukanlah pakar Sejarah Islam, jadi saya tak nak memandai-mandai memberi komen panjang mengenai topik ini. untuk maklumat lanjut, jom kita sama-sama meng-google apakah Hijrah itu menurut pandangan Islam.

eh, apesal sejak dua menjak ni entri dah macam ala-ala Al-Kuliyyah? huhuhu.. tak tahu la, tanda-tanda umur dah semakin lanjut kut. hahahaha..

anyway, korang dah tengok video kat bawah ni?

seram tak? takut tak? kalau tak takut.. Alhamdulillah.. korang sememangnya dah bersedia untuk berdepan dengan Pencipta kita, macam orang yang takde hutang datang berjumpa dengan along. tapi, bagi saya.. tak kesah lah sejauh mana kebenaran isi kandungan video tu, apa yang pasti dan jelas nyata, memang tak boleh nak dinafikan lagi, kita dah hampir sampai ke akhir zaman. so, apa tunggu lagi? dah beli tiket nak masuk syurga kah?

lebih kurang macam tu lah ‘ketakutan’ yang saya alami skang ni. sebab tu saya sedang berusaha untuk berubah, sudah cukup lama rasanya menjadi orang yang lalai dengan nikmat dunia. sehingga terkadang malu untuk menadah tangan, memanjat doa kepada Ilahi. so, sempena Awal Muharram yang dah tak lama lagi ni, saya nak mengajak kawan-kawan semua berhijrah, menghakis semua tabiat buruk dan menggantikannya dengan amalan mulia.

“terima kasih Ya Allah.. kerana masih memberi peluang kepada hamba Mu ini untuk bertaubat.. semoga Engkau kukuhkan keimanan ini agar aku pergi sebagai hamba Mu yang solehah..”

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply