system analyst

entry kali ni sememangnya berkaitan dengan system analyst, tapi tak semestinya SA jer yang boleh baca entri ni tau. kalau korang seorang pegawai pentadbiran ke.. cikgu ke.. apa-apa pun jawatan yang korang sandang, memang sangat sesuai baca entry ini. actually, entry ini terwujud bila pagi tadi buat pertama kalinya saya berjumpa dengan seorang pegawai pentadbiran ‘kanan’ yang berpendapat bahawa SA yang kompeten bukan sahaja mampu membangunkan sistem tapi mampu menyediakan flow chart manual untuk sistem yang bakal dibangunkan. wow!! siapa kah orang ini? adakah saya kompeten atau.. tidak?

meh kita tengok sape yang kompeten.. dan sape yang tak kompeten?

orang tu menambah lagi.. kalau nak harapkan user yang fikirkan flow chart, memang banyak benda yang boleh ter-missed. err.. so, sape yang tak kompeten ni?

pastu dia bagitau lagi, dalam tahun ni jer dorang ada 2400++ aduan, tapi 1000++ jer yang dapat diselesaikan. selebihnya dalam proses dan susah untuk dipantau kerana menggunakan sistem manual. so.. sape yang tak kompeten ni? agaknya dorang anggap computer ni pandai nak setelkan semua aduan tu kot. everyday, on PC jer.. 100 aduan berjaya disetelkan!! yeah!!

then.. bila ditanya, mana sistem manual korang? dia jawab.. saya tak nak lagi dengar soalan dari korang, “apa yang korang mau?”. meaning to say, sebenarnya dia nak cakap.. “korang sepatutnya dah tau dah apa yang kami mau. korang kan SA..”

huhuhu.. sememangnya situasi masa tu seolah-olah saya bagai dilanda banjir kilat. nak bersuara, tapi yang sorang ni bercakap macam takde titik noktah. maybe dia rasa dia tau, tapi sebenarnya makin banyak dia bercakap, makin terbukti kebodohannya. jangankan saya, malah pegawai-pegawai kanan yang lain pun semuanya hanyut dilanda ombak badai.

disebabkan kebosanan mendengar hujah-hujah dia tu, tetiba macam-macam soalan personal terkeluar dari fikiran saya. errmmm.. patut la orang ni tak kawen-kawen lagi, maybe sebab dia tak pernah menyatakan hasrat hati dia nak melamar seseorang sebab dia anggap pompuan tu sepatutnya dah tau dah. esok tinggal sign surat nikah jer..

dipendekkan cerita.. sampai ofis, saya terus google apakah sebenarnya job description untuk seorang SA, mana lah tau ada version yang mengatakan SA perlu mempunyai kepakaran psikik. so, saya jumpa infonya di sini. kalau korang rasa dah tau, kena baca juga sebab takut nanti jadi macam pegawai kanan yang bodoh itu. jangan pernah korang menganggap bahawa membangunkan sistem ini ibarat meng-order mee goreng mamak dari warung melayu, ok! kalau takde sistem manual atau malas nak fikir flow chart-nya macamana, mengaku jer lah wei.. agaknya ni lah yang dinamakan ‘bodoh sombong’ kan?

now, you tell me.. sape yang tak kompeten?

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply