stress punya pasal..

seperti yang telah dirancang, last Wednesday saya cuti dan seperti hari-hari bekerja biasa juga, saya bangun awal, siapkan hubby nak p kerja, siapkan danieL dan masak lunch untuk my dad. pukul 9am saya bergerak kuar dari rumah untuk hantar danieL ke rumah pengasuh dan terus bertolak balik ke kampung. sampai kat pekan Tamparuli, baru teringat.. oh! hari ni hari Rabu rupanya, patut lah pekan Tamparuli riuh semacam jer.. so, saya menghabiskan masa lebih setengah jam membeli belah di tamu Tamparuli.

dalam perjalanan ke kampung, rasa sunyi semacam jer.. sebab takde sesape kat seat sebelah. selalunya masa ni danieL akan berada di seat sebelah, duduk macam good boy sebab kalau tidak, ada yang kena penampar kat tangan. disebabkan kesunyian dan keboringan yang teramat, tangan sebelah ni berhajat nak ambik gambar suasana jalan ke kampung.. yang dulunya adalah jalan utama untuk kami berjalan kaki ke sekolah. ohh! sungguh banyak memori di sini..

jalan tidak berturap, berlubang dan berlopak.. bahaya untuk bot-bot kecil

berbukit bukau, of course..

curam dan selekoh tajam.. ada berani?

kampung saya ni moden tau… sebab..

servis/ repair handfon ada kat kampung jiran

kalau korang rasa kat bandar dah kekurangan expertise, boleh masuk ke kampung ni yer..

welcome to my village.. ngeehh.. perlahan kan kereta anda kalau tak nak terjun dalam jurang

cabaran terakhir sebelum sampai rumah.. kat bawah tu adalah parking lot tak berbayar ok..

sampai kat kampung.. aihhh.. penatnya mengalahkan orang baru lepas bersalin. hahahaha.. konon nak mengemas dapur, tapi bila tengok semula keadaan dapur.. ohh!! baru teringat, begini dahsyat rupanya keadaan dapur ni. tak laratnya nak mengemas. memandangkan jam pun dah nak dekat 12 tengahari, saya just kuarkan makanan yang dah dimasak dari rumah tadi, susun semuanya atas meja makan, dan.. “daddy makan la dulu ya, saya mau tidur sekejap”.

memang penat agaknya, 2 jam saya tertidur dengan nyenyak di atas kusyen ruang tamu. actually, pukul 1pm ada gak tersedar dan terdengar suara my dad.. “p lah makan nak, nanti ko lapar tu..” dan, saya tak sedar apa yang berlaku seterusnya.

selepas makan, saya kuatkan semangat memulakan operasi mengemas sebab pukul 4pm saya kena bergerak balik semula ke Inanam, ambik danieL dan bawa dia ke kedai gunting rambut. my dad terkejut bila tengok saya keluarkan semua pinggan mangkuk dari kabinet. dia cakap, “tak payah lah cuci semua pinggan mangkuk ni, kalau cuci pun nanti kotor juga balik.” ermmm.. betul jugak, lagipun saya bukannya rajin sangat. so, selama 2 jam kerja saya hanya mengemas dan membuang barang-barang yang dah expired.

hari khamis sepatutnya operasi mengemas perlu diteruskan lagi tapi.. bila teringat balik keadaan dapur tu, ditambah lagi dengan suara my dad yang cakap ‘tak payah’, terus jadi lemah semangat. hasilnya, saya dan danieL menghabiskan masa bersuka ria di rumah. konon nak buat kerja ofis yang perlu submit minggu depan, tapi.. (sila sambung ayat sendiri)

hari jumaat, setengah hari saya berurusan di pejabat pos. awal pagi lagi saya dah hantar danieL ke rumah pengasuh. tetiba malam tu rasa stress tak tentu pasal dan bermasam muka dengan hubby. (jangan tiru aksi ini di rumah ok!) akibatnya, terlanggar bucu katil dan dapat scratch kat kepala lutut. padan muka saya! esok pagi, baru lah ada mood nak minta maaf ngan hubby. selepas sesi diskusi, akhirnya hubby setuju ambik maid untuk bersihkan rumah setiap hari sabtu. yeahh!! kurang skit bebanan fikiran saya ni.

so.. sape kata kerja-kerja membersihkan rumah ni adalah kerja-kerja remeh?! lebih-lebih lagi kalau kena buat untuk 2 rumah. Alhamdulillah.. I have a very supportive husband. honestly, orang lelaki memang tak tau tekanan membuat kerja-kerja rumah, orang pompuan plak anggap orang lelaki ni tau so.. dorang diam jer la.. sampai akhirnya dorang sendiri yang stress tak tentu pasal. hehehe.. ini berdasarkan pengalaman sendiri la yer. so, hopefully by end of this week, bebanan kerja-kerja ini dapat dikurangkan oleh seorang maid yang bertauliah. ececes..

hari ni masuk ofis, ingatkan kena buat presentation, tak prepare apa-apa pun.. tapi rupanya… orang lain yang kena present, saya hanya perlu mendengar dan bagi komen. happy!! then, dari last week bercita-cita nak siapkan report untuk presentation this Wednesday, tapi.. petang tadi bos dah tolong buatkan. yeahh.. happy lagi!! then, baru jer tadi my mom called dan bagitau dia nak datang bermalam kat rumah kami on this weekend! yeahh!! happy sangat!! Thank You, Allah for all of these happiness You gave me, at least for today.. tetiba rasa macam semua stress dah hilang.. Alhamdulillah..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. nuramalin says:

    sa suka tu ‘penampar kat tangan’ hehe…

  2. syahada says:

    Nk komen part masam muka ngan asben. hehehehe
    kalau sha la, mmg xleh tido la sepanjang malam selagi tak mintak maaf ngan asben regardless sape yang salah, sbb most of the time, mmg sha selalu mengalah, tp kalau masam muka siang hari, lambat sket la mintak maaf sbb nk tido lambat lagi, kadang2 asben dtg mintak maaf dulu, klu malam hari mmg kena mintak maaf cepat2, in fact klu asben dh tido dulu atas sofa kat luar (konon majuk), sha mmg mula2 jual mahal, tp sbb x leh tido ngan tenang, mmg sha kejut gak utk mintak maaf. Lepas tu tido skali atas sofa kat luar tu. ekekekekeke

    Hehehehe, komen tak berkaitan ngan tajuk entry.
    Niat bukan nk tunjuk baik sebenarnya, tp nk bgtahu yang sha mmg x leh tido lena klu gaduh ngan asben. hahahahaha

    Peace…………….

    • ibumadeeha says:

      tu lah kebaikannya kalau hubby selalu outstation, bila dia ada kat rumah, jarang sangat kita nak merajuk2 ngan dia, malah kalau boleh setiap hari nak manja2 kan? hehehe..

Leave a Reply