ibu mertua ku..

topik entri kali ni macam familiar kan? tak kesah la korang dah kawen ke belum, mesti pernah dengar kat mana-mana kan? tapi, kali ni saya bukan nak mengumpat ibu mertua saya sendiri. sesungguhnya, coretan ini hanya lah hasil perkongsian rakan-rakan dan keluarga mengenai ibu mertua masing-masing.

bila dengar perkataan ‘ibu menrtua’, apa yang biasanya terbayang di fikiran korang? kalau saya, dia adalah perempuan bersanggul besar, berkain batik sedang memandang tajam ke arah saya sambil bercekak pinggang? totally not my MIL! ini mungkin ilustrasi dari cerita wayang P.Ramlee, Ibu Mertuaku. hahaha..

kebiasannya apabila para isteri berkumpul, antara topik yang hangat dibicarakan adalah mengenai keburukan ibu mertua masing-masing. cerita kebaikan ibu mertua ada gak tapi.. kadang-kadang dan kurang mendapat sambutan. kenapa agaknya jadi begini ya? adakah kerana persamaan jantina di antara isteri dan ibu mertua? adakah kerana mereka ini berkongsi kasih sayang dengan seorang lelaki?

jawapannya… ada dalam diri masing-masing.

peliknya, tak pernah plak kita dengar cerita hangat mengenai bapa mertua kan? malah, takde sape pon nak buat filem tajuk ni, sebab gerenti tak laku. jelas disini bahawa puncanya adalah dari kaum pompuan sahaja.

dan.. selalunya para isteri la yang menjadi mangsa ibu mertua. pernah korang dengar si suami menjadi mangsa ibu mertua? jarang.. tapi memang ada kes macam ni. kalau ikut pengalaman si kawan, ini disebabkan si ibu ini tidak dapat menerima kekurangan si suami kepada anaknya perempuannya. buktinya jelas, terang dan nyata.. kerana si ibu ini dari dulu hingga kini merupakan ibu tunggal, tidak suka hidupnya diatur oleh lelaki yang bergelar suami, akibatnya… semua perkahwinannya berakhir dengan perceraian.

si anak perempuan menjadi mangsa keadaan, samada perlu menurut kata ibunya atau patuh pada suami. dalam Islam, sudah ada penyelesaian yang jelas dan semestinya adil. isteri perlu patuh pada suami melainkan suami tersebut menzalimi isteri atau menyuruh isteri melanggar hukum agama. perceraian tidak digalakkan dalam Islam, lebih-lebih lagi perceraian yang hanya disebabkan oleh campur tangan ibu mertua. tapi, semua ni dah pernah berlaku depan mata kita kan? maka sebagai pasangan suami isteri, mereka hendaklah tabah menghadapi cabaran itu dan berusaha agar rumahtangga mereka dapat diselamatkan. sebagai anak yang sudah bergelar isteri, sentiasa la mendoakan kesejahteraan ibu bapa, walaupun mungkin mereka beranggapan si anak lebih menyayangi suaminya namun, jangan pernah berhenti berdoa semoga Allah membuka hati mereka untuk menerima kekurangan suami.

kes yang biasa didengar ialah suami terlalu patuh pada ibunya sehingga isteri rasa terabai. situasi sebegini sememangnya lebih mencabar daripada situasi pertama tadi, sebab isteri seolah-olah terkepit dan hilang kuasa. tapi.. sekiranya isteri faham agama, sedar bahawa ibu mertuanya adalah jalan ke syurga untuk suaminya, dan seterusnya jalan ke syurga untuk mereka sekeluarga, maka perbalahan tidak akan berlaku. berkat kesabaran isteri semestinya membawa kebahagiaan hidup berkeluarga.

begitu la besarnya peranan isteri dalam rumahtangga. kita belum cerita topik mendidik anak-anak plak. bila dah penat-penat didik, jaga makan minum, jaga pakaian.. tetiba, anak tu kawen dan tinggalkan kita plak. masa tu lah kita perlu memilih samada nak jadi ibu mertua yang baik atau sebaliknya. hidup ibarat roda kan?

kesimpulannya, Allah Maha Adil. jika kita menemui jalan buntu, pulang lah ke pangkal jalan. dalam Islam, segala-galanya ada penyelesaian yang adil.

Wallahu ‘alam..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. p i d a says:

    Agreed with you Umi Daniel !

    Hehe.

Leave a Reply