Trip to Tenom

kalau sebut Tenom, tempat yang agak popular untuk dilawati tak lain tak bukan ialah.. Taman Pertanian Sabah. actually, ni bukan  kali pertama sampai kat sana, malah dah pegi pun tahun 2008 dulu, tapi masa tu masih berstatus bujang dan pegi dengan member-member BET. kali ni trip adalah bersama geng bas sekolah UMS bersama family masing-masing.

memandangkan saya tidak berada dalam mood ‘mengarang panjang’ skang ni, jemput la menyinggah ke blog Kak Rina untuk cerita panjang perjalanan kami yang sangat berliku-liku. secara ringkasnya, perjalanan kami bermula dari KK – Tambunan – Keningau – Tenom. manakala perjalanan balik plak melalui Tenom – Sipitang – Beaufort – Papar – KK.

so, boleh refer map kat atas tu yang mana saya dah edit skit. jalan raya berwarna hijau gelap tu lah perjalanan yang kami lalui, nampak macam pendek jer kan? tapi kalau nak dihitung jumlah jam perjalanan adalah lebih kurang 7 jam. kami sempat bermalam di Taman Pertanian tu dengan harapan dapat lah makan buah free, malangnya.. pokok buah-buahan masih belum mengeluarkan buah, yang ada hanya bunga-bungaan.

o’ya.. kalau korang perasan, kebanyakan map yang ada kat internet tak menunjukkan jalan raya Tenom – Sipitang. ini adalah kerana jalan raya tu baru jer siap dalam beberapa tahun lepas. saya rasa, di antara semua daerah yang dilalui, pekan Keningau lah yang paling ketara pembangunannya. tetiba rasa bangga semacam sebab kununnya asal usul keturunan my dad adalah dari Keningau, padahal.. saya tak pernah pun bermastautin di Keningau.

so, sesape yang berminat nak melawat Sabah, map kat atas dah hampir lengkap menunjukkan tempat-tempat menarik kat Sabah. signboard berwarna hijau adalah nama daerah, manakala signboard berwarna coklat adalah tempat-tempat untuk dilawati. tapi.. sebelum korang buat keputusan nak bercuti di Sabah, harus diingat bahawa Sabah adalah kaya dengan keindahan alam semulajadinya.. dan bukannya kaya dengan fasiliti moden. be ready ok!!

alamak! apsal entri kali ni dah macam agen pelancongan? hahahaha…

ok la, these are some pictures taken..

Leyana & family

Kak Rina & family

Malai & family

bersantai di bawah pokok

priceless moment..

nak lagi? boleh klik kat menu Photo Gallery 🙂 finally manage to create this gallery, tu pun terpaksa tukar template blog. urgghh! and that’s why blog saya berubah wajah lagi. jangan mare..

so… geng-geng bas sekolah sekalian, next destination.. where to?? 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

4 Responses

  1. m sairul says:

    great place to santai2

  2. rina_yani153 says:

    awat gambar leyana paling atas? orang letak gambar sendiri at the top. baru la tip top.. hehehe

Leave a Reply