raya open house + danieL’s birthday

sedar tak sedar, 10 Sept. 2011, genap la umur danieL 2 tahun. kalau tahun lepas, birthday dia di sambut di rumah mentua, tahun ni plak kami beria-ia nak buat sendiri, sekali dengan open house hari raya. plan asal nak buat katering jer, senang.. tak payah fikir nak shopping barang dapur, tak payah susah-susah bangun awal @ tidur lambat. dan kununnya sempat la juga nak gi majlis kawen rakan seofis kat Papar. semuanya sudah di rancang sebelum hari raya dan jemputan melalui FB pun sudah dibuat sebelum bercuti raya.

rombongan pertama.. friends from BET and x-BET

tup.. tup. sedang kami beraya di rumah mentua, tetiba mentua plak beria-ia nak memasak untuk majlis birthday tu. errr.. kalau ditolak nanti kang kecik hati plak, maklum la danieL tu satu-satunya cucu dorang, so dorang memang excited sangat nak ‘turun padang’. plan bertukar dan kami pun terpaksa la membatalkan hajat untuk ke majlis kawen tu. sori ya, bos azwan.. hehe..

kawan-kawan dari UMS

alhamdulillah, dengan bantuan mentua dan ipar-ipar, open house tu betul-betul jadi macam open house. hahahaha.. tak macam tahun lepas, dah lah terpaksa masak sendiri, pastu jemputan pun skit jer. actually, tahun ni pun tak nak jemput ramai sangat sebab kapasiti rumah yang agak terhad, tapi.. disebabkan jemputan dihantar melalui FB, macam best jer klik-klik nama jemputan kan? sedar-sedar dah mencecah 44 orang. alamak!!

x-students

dan macam-macam lagi la tragedi sebelum majlis berlangsung. tetiba plak my hubby kena gi outstation ke KL dari Isnin – Jumaat, pening kepala macamana nak shopping barang dapur? terpaksa la bawa danieL masuk dalam troli, tapi.. danieL plak tak baper sihat dari Isnin – Khamis tu. nak tak nak, terpaksa la saya menggunakan masa lunch untuk shopping barang-barang kering. dan.. hari Jumaat, sebaik sahaja my hubby landing di muka bumi KK, terus saja dapat arahan untuk ajak mentua shopping daging dan ayam plak. huhu..

playground? boleh la..

lepas tu, sebelah malam sepatutnya dah boleh mula masak rendang, tapi disebabkan bahan-bahan belum cukup, saya dan hubby masih berada di Giant dan Survey untuk mencari kerisik. ni lebih kurang sama jugak la kesnya dengan tahun lepas, last minute shopping. rupa-rupanya kerisik berjaya dijumpai di pasar malam Inanam, tu pun nasib baik kedai tu belum tutup lagi. pukul 10.00 pm ok!!

ni baru citer pasal rendang daging.. butter prawn lain lagi citernya!! hahahaha..

akibatnya, malam tu juga saya dan mentua bertungkus lumus memotong daging, nasib baik daging yang beku cepat jer dilembutkan. bawang-bawang semua saya dah kupas awal-awal, cuma nak kena tumbuk jer lagi. minta maaf la kepada jiran-jiran sebelah rumah sebab tengah malam pun masih kedengaran bunyi-bunyian dari lesung batu saya. jam 1.30 am baru la keadaan rumah saya membenarkan korang tidur.

timbunan hadiah dari tetamu yang datang. thank you so much!! cukup stok setahun!

minta maaf sekali lagi kepada jiran-jiran sebab seawal pukul 4.30 am korang dah terbau rendang daging dari rumah saya. mesti korang celik mata jer, perut berkeroncong kan? huhu.. gitu lah alkisahnya kerja di dapur. jemputan sepatutnya datang pukul 12 tengahari, tapi masa tu gak la baru kelam kabut nak bersihkan ruang tamu dan dapur. hahahaha.. nasib baik la ruang tamu kecik kan? jam 1.30 pm alhamdulillah semua dah setel, semua dah wangi dan sorang demi sorang tetamu dah mula masuk ke rumah.


menu yang dihidangkan ialah nasi putih, rendang daging, butter prawn, kari ayam, mixed vege, mihun goreng, ayam goreng, lemang, buah tembikai dan air soya bean + jagung. memandangkan masih dalam bulan Syawal, so kuih raya masih dihidangkan tapi, ntah baper ketul jer yang ‘hilang’ dari bekas kuih. namanya pun birthday party, so mesti lah ada kek kan? kek di order dari Cakes Lorrine melalui FB, actually tak tau nak order kek apa, design apa? semuanya atas suggestion daripada Ms. Lorrine.. memang sedap!!


last but not least… saya, hubby dan danieL ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mentua, ipar-ipar dan bakal ipar yang turut menjayakan majlis ini, kalau bukan korang, tak sempat la rasanya nak menyiapkan semua hidangan dan melicinkan perjalanan majlis. terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi datang berkunjung dan sangat supportive dengan keadaan rumah saya yang sangat ‘comel’. mohon maaf kepada kawan-kawan yang tidak mendapat jemputan, bukan tak nak jemput tapi, sebab kapasiti rumah yang sangat terhad, so doa-doakan lah kami dimurahkan rezki untuk beli rumah yang besar skit. Insya-Allah.. dan a special thanks to my beloved hubby, thank you for the budget!! ehehehe..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. May 22, 2012

    […] la.. ) pastinya sudah sedia maklum bahawa kami dah mula berangan-angan untuk beli rumah baru pada September 2011 yang lepas. kemudian, sejak dari hari tu, secara rasminya saya menjadi peminat setia website […]

Leave a Reply