Merdeka! Raya

lorr.. citer raya jugak blog ibumadeeha ni, rasa cam nak muntah dah baca blog sumer citer pasal raya eh? takpe-takpe, saya akan cuba buat seringkas mungkin sepadat mungkin yang boleh ok.

tigaga!! = merdeka!!

seperti tahun-tahun yang sudah, raya tahun ni disambut dengan tema alah kadar. ececes.. alah kadar kunun, macam la faham apa maksudnya alah kadar tu kan? hahaha..

sebelum raya, of course semua orang sibuk membersihkan rumah, so kami pun tidak ketinggalan. nah.. ini dia, rumah kecil tapi sampai sebegini dahsyat sekali aktiviti membersihkan rumah. hampir tak kelihatan danieL di sebalik bendasing-bendasing itu. ni kalau ada pertandingan, confirm boleh menang!

sedang sibuk mengemas, tetiba dapat SMS dari mak tiri kununnya dia dalam perjalanan balik ke Semporna meninggalkan my dad keseorangan kat kampung. huhu.. sedihnya.. belum raya lagi dah buat hal pompuan sorang ni! haishh!! nasib baik posa, so malas la nak buat drama aksi komedi. yang pasti, plan asal untuk balik ke kampung sehari sebelum raya tidak dapat diawalkan sebab hubby nak setelkan banyak hal-hal penting sebelum bercuti panjang. saya hanya mampu berdoa semoga my dad sihat dan bersabar lah menunggu kepulangan kami.

danieL sangat suka suasana kampung, sebab.. di kampung banyak tangga untuk didaki

seperti juga tahun lepas, raya pertama disambut di rumah my dad. tapi kali ni my brother’s family juga balik beraya dan buat pertama kali juga kami kena buat sendiri semua persiapan menyambut raya sebab mak tiri takde. menu di pagi raya sangat simple iaitu rendang ayam, nasi impit dan kuah lodeh sahaja. ada hikmah juga kenapa tahun ni tetiba beria nak buat kuih raya, rupa-rupanya kuih tu diperlukan di raya pertama ni dan digabungkan dengan kuih raya yang my brother beli, cuma ada 6 jenis kesemuanya. huhuhu… agaknya macam ni la yang dinamakan alah kadar, kan? alhamdulillah.. apa yang ada semuanya lebih dari cukup untuk melayan tetamu yang datang. dan sempat jugak la kami beraya di 3 buah rumah keluarga terdekat.

openhouse di rumah mentua pada hari raya ketiga. danieL sorang jer yang rajin ikut atuknya beraya di rumah jiran. takpe takpe.. nanti bawa pulang duit raya banyak skit ya, danieL..

plan asal, kami akan bertolak ke kampung my mom pada hari raya keempat, tapi.. disebabkan terlalu penat dan macam tak larat nak terus memandu, perjalanan tergendala dan kami balik ke rumah sendiri untuk bermalam. sempat jugak la menyambung aktiviti mengemas rumah.. huhuhu.. macam tak siap-siap dari hari tu!!

dan.. ada hutan untuk diterokai

so, raya kelima seawal 7 pagi kami bertolak ke Ranau. danieL yang masih mengantuk kepenatan ‘dihumban’ terus ke dalam perut kereta. mak aihh.. ayat penyedap je tu! dalam perjalanan, my sisters dah SMS nak ajak gi beraya rumah mentua dia. saya ada dua adik yang dah kawen kan, so dua gak la rumah mentua nak kena gi beraya. memang tak larat sangat nak beraya sakan, sebab keesokan harinya dah nak kena balik ke KK plak.

so, itu la citer raya saya pada tahun ni yang mana temanya adalah alah kadar. Selamat Hari Raya semua!! jika ada salah dan silap, harap dapat dimaafkan lah yer.. jemput lah datang beraya di rumah kami 😉

pssst: maaf, gambar official raya belum sedia untuk menjadi tontonan umum. heehh..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Affienda says:

    Selamat raya juga… heeee inda sempat bertemu korg raya pertama tu… bab raya pertama kat rumah mentua.. raya kedua baru balik Tamparuli….heeeee

  2. ibumadeeha says:

    kalau gitu, sudi-sudi la datang beraya di rumah kami di Inanam. Sabtu ni kami open house, sekali dengan birthday danieL.

Leave a Reply