2 years-old, danieL

Favourite TV Channel: babyTV
Favourite TV Shows: any show hosted by Pak Nil
Food he won’t resist: jagung rebus and any kind of peanuts
Benda yang ditakuti:
cicak!!
Favourite Toys:
undefined..
Weight/ Height: 11.5 kg/ 84.3 cm


danieL’s vocab:

  • uwee = umi
  • babah = his abah or.. any word that he can’t pronounce
  • eeeyeh! = tolong buka..
  • momom = nak makan
  • num = nak minum
  • bai = bye
  • hai = hi
  • tum tum bah! = tom tom bak
  • eeeee = kotor la!!
  • bibi = baby
  • no!! = tak nak! / jangan..
  • yays = yes
  • zesss.. = bunyi enjin kereta
  • bum bum = bola
  • tu!! = tengok tu!!
  • wahh!! = wahh!! hebatnya!!
  • pai!! = high five!
  • see you = see you
  • bam = baring
  • nyum nyum = KFC

Acting skills:

  • berbual dalam telefon sorang-sorang
  • menyanyi dengan microphone palsu kat mulut
  • buat-buat malu sambil tutup muka
  • bentang kain atas lantai dan buat aksi ruku’ + sujud
  • susun botol atas lantai dan lontar dengan benda lain, ala-ala main bowling la kunun, pastu cari orang untuk buat high five kat dia
  • kembungkan mulut konon-konon mulutnya berisi

Things he likes to do yang buat umi pening kepala:

  • tarik kerusi kusyen untuk ambik mainan kat belakang kerusi, pastu biarkan je kerusi tu dalam posisi begitu
  • lompat-lompat atas katil time umi nak mengemas katil
  • main kejar-kejar selepas mandi sebab tak nak pakai baju
  • buka/ tutup sebarang jenis kabinet berpintu
  • turun/ naik tangga
  • nak tidur mesti suruh umi tepuk punggung dia dan tengok photo slideshow dalam handphone umi
  • menangis bila umi masuk toilet dan tutup pintu
  • menjerit tak pasal-pasal
  • kumur-kumur sebelum telan air minum
  • tak suka berjalan sendiri, nak gendong jer..
  • bila lalu depan air terjun dalam round-about dekat Masjid Likas tu, mesti nak suruh umi buka baju dia
  • panjat atas kerusi nak join umi cuci pinggan dalam sink
  • tak reti duduk diam ketika makan
  • suka pegang kucing
  • merajuk dan guling-guling atas lantai

 Things he likes to do yang buat umi happy:

  • kiss umi/ abah even semasa tengah driving
  • peluk umi/ abah bila umi/ abah marah kat dia
  • makan ubat/ vitamin or any kind of supplement tanpa banyak songeh
  • makan sayur
  • bila bangun dari tidur dengan mood yang baik, dia akan sebut “hai.. “
  • kalau umi tidur lama sangat, dia akan kiss umi sampai umi terjaga
  • menyanyi senang hati, biasanya lagu ‘burung kakak tua’, ‘bapa ku pulang dari kota’, ‘tom tom bak!’ dan ‘balik kampung’

Things he can do yang buat umi bangga

  • salam dan cium tangan tak kesah dengan sape pun, walaupun orang tu lebih muda dari dia
  • pandai cari kain untuk lap lantai yang basah.. atau untuk lap hingus dia
  • suka susun kasut/ selipar yang berselerak di atas rak kasut
  • pandai buka kasut sendiri dan simpan atas rak
  • no more c.u.c.u.t
  • tolong ambikkan handphone umi/ abah bila berbunyi
  • bergaya depan camera, kalau dah snap time tu gak dia nak tengok gambar dia
  • tak jeles sangat bila umi gendong baby kecik, malah boleh offer susu botol dia kat baby tu sambil sebut, “bibi.. bibi”

danieL’s new knowledges and abilities:

  • dah tau serba sedikit organ badan such as: mata, hidung/ nose, telinga, gigi, mulut, kaki, tangan, perut,  kepala, rambut, perut, pusat dan yang kat bawah tu..
  • dah boleh tunjuk mana atuk, nenek, umi, abah, auntie, uncle, koko (abang), ceceh (kakak) dan kakak (pengasuh)
  • dah pandai buka pintu bilik tidur
  • dah tau beza pakaian baru dan pakaian lama
  • numbers: two, three, five, eight, nine..
  • animals: ayam, burung, miou and dog
  • conteng buku dan badan sendiri/ orang lain
  • menyanyi lagu ‘balik kampung’, part chorus saja ya..
  • dah pandai sapu air yang mengalir atas muka dia semasa mandi

 

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply