Ramadhan tahun ini..

hopefully belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca setia blog ni. waduhh.. waduhh.. semakin ligat plak kawan-kawan update blog masing-masing sepanjang bulan Ramadhan ni ya. saya sorang jer yang dah macam ketinggalan keretapi. bukan sebab takde idea nak dicurahkan, tapi.. sebab tak cukup masa. huhuhu.. seriously, selepas berfikir 2-3 kali, akhirnya saya nekad juga nak buat entri hari ni, sebelum memulakan hari yang busy.

umi.. bila nak pulang ni? tidor atas sofa ni boleh?

ok, I got 10 minutes only..

selain kerja ofis, tanggungjawab bertambah lagi selepas menjadi exco PPUMS. hah?! apa tu? alah.. malas la nak explain, tidak cukup masa yang penting ianya salah sebuah persatuan. memula rasa cam nak ‘merajuk’ je dengan pertambahan tugas ni, rasa cam nak say bye-bye pada blog ni, tapi.. tak sampai hati la plak. oh!! 5S lagi?! tolong la…

tidor atas timbunan jeans ni, boleh?

di rumah plak, selain rutin harian dan rutin mingguan, aktiviti shopping pun semakin bertambah di bulan ini. shopping di bazaar Ramadhan.. shopping persediaan raya. kalau 2-3 jam tu perkara biasa, tapi kalau sampai 7 jam?! hah?! then, tetiba berjaya plak menyiapkan 3 jenis biskut raya. nanti, this weekend kena start ‘basuh’ rumah plak.

seriously.. memang saya dan hubby sedang berjuang dan memerah tenaga 100%!! anda bagaimana? anyway, yang penting, kalau boleh puasa tu, puasa la dulu kan? dan.. jangan lupa bayar zakat.. 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply