c.u.c.u.t

well.. I guess you all knew, danieL tidak boleh dipisahkan dengan puting palsunya a.k.a cucut. pantang jer dengar perkataan ni, dia pasti tercari-cari, so kadang-kadang terpaksa la kami tukar perkataan tu dengan ejaan c.u.c.u.t, supaya dia tak teringat benda tu. tapi.. memang tak boleh nak elak, masa nak tidur, mesti nak cucut gak!!

cucut pertama, blue color.. putingnya rosak sebab selalu sangat digigit oleh danieL

cucut kedua, green color.. dihilangkan sendiri oleh danieL

cucut ketiga, orange color.. diambik oleh cicak

hahahaha.. reason ketiga tu adalah alasan yang baru saja dibuat semalam. so, dari mana datangnya idea ni? last weekend, danieL ternampak seekor cicak di atas dinding dapur. dia terus menjerit, “hahh!!!” sambil jarinya menunding ke arah cicak tu. sejak tu, saya tau benda yang paling ditakuti oleh danieL dalam rumah kami ialah cicak. jadi, kalau dia mula mengacau barang-barang di dapur, saya akan sebut cicak dan dia akan berlari ke ruang tamu. yes.. that trick really works!! I like it!! 😉

so, semalam.. balik dari rumah pengasuh, sebenarnya cucut tu masih disimpan dalam beg pakaian dia. pukul 8pm dia mula mencari-cari dalam handbag saya. habis semua handbag dia selongkar. dah puas mencari, dia mula merengek-rengek. saya cakap, “danieL.. cucut tiada. cicak ambik cucut.”

as expected, dia pun mula meraung-raung, tapi sekejap jer sebab seronok tengok gambar-gambar dalam photo album dia. selepas sejam menghabiskan masa menyusun gambar dalam photo album, dia mula terkenangkan pada cucutnya yang sudah diambik oleh cicak. huhuhu.. sedih jer tengok tangisan dia, tapi semalam saya betul-betul nekad tak nak kasi dia cucut. so, walaupun gambar masih belum siap disusun, terpaksa gak tutup lampu dan ajak dia tidur.

macam biasa, sebelum tidur, danieL akan minta pasangkan lagu Maher Zain dan tunjuk slideshow gambar dalam handphone saya, biasanya dalam 15 minit jer, dia dah mula mengantuk. tapi semalam.. ntah berapa minit saya pun tak pasti, sebab saya sendiri pun dah tidur. berkali-kali terjaga, tengok danieL masih lagi khusyuk melihat slideshow tu. ntah kali ke berapa terjaga, saya ambik jer handphone tu, tutup lagu dan tepuk-tepuk punggung dia, ‘paksa’ tidur. ntah baper kali tepuk, akhirnya dia tidur dengan nyenyak sampai pagi.

so, pagi tadi.. saya hantar danieL ke rumah pengasuhnya tanpa bekalan cucut. dalam kereta, berkali-kali saya bagitau dia, “cicak ambik cucut kan?” danieL mengangguk pasrah. kesian.. apapun, saya dah bersedia kalau sepanjang hari ni danieL tak tidur sebab takde cucut.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. syahada says:

    huhuhu… dah addicted. sha penah try bagi Aliya dia baru lahir dulu, kot2 leh buat ‘ubat’ stop melalak, tp x jalan, dia xmo.
    kalau la dia nak aritu, mungkin sha juga akan mengalami situasi seperti di atas. 😉

    Good Luck Daniel cayang!

Leave a Reply