Neuro Linguistic Programming

sesungguhnya terlalu lah banyak kerja yang pending skang ni, tapi sebelum aura yang berkobar-kobar ni lenyap begitu saja, saya perlu kongsikannya bersama pembaca-pembaca blog saya yang dikasihi. hehehe..

dua hari lepas, saya mengikuti Kursus Pengurusan Marah dan Kebijaksanaan Emosi di Palace Hotel dan kursus tu baru saja berakhir kemarin. untuk kawan-kawan yang mengenali saya, marah dan saya mungkin agak tidak match kan? huhuhu.. memula saya pun rasa serba salah bila tengok ramai kawan-kawan yang apply kursus ni tapi, tak dapat sebab penyertaan terhad. kalau ikutkan hati, nak jer bagi peluang ni kat dorang, sebab saya ni bukannya selalu marah-marah. kalau marah pun, masih boleh dikawal lah kononnya..

lebih-lebih lagi bila dah masuk dalam bilik seminar tu, 80% adalah orang-orang yang berumur 35 tahun ke atas dan memegang jawatan gred 27 dan ke bawah. dalam hati ni dah mula berbisik-bisik, kursus ni sesuai untuk kakak-kakak dan makcik-makcik yang ada high-blood atau selalu menjadi mangsa kemarahan bos-bos kut.

tapi, bila dah berkenal-kenalan dengan penceramahnya, En. Mustaqiim Asmuji, yang rupa-rupanya sebaya dengan saya, rasa lega la skit. bila dah belajar dua tiga petua daripada kursus ni akhirnya persepsi saya berubah, kursus ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga golongan berumur, dari persekitaran sekolah, rumahtangga, pejabat dan sebagainya. kaedah yang diperkenalkan ialah Neuro Linguistic Programming (NLP).

errr.. saya memang programmer tapi ni takde kena mengena dengan bahasa programming yang sebegitu yer. ia adalah berkaitan dengan bahasa minda, bagaimana kita nak bercakap untuk menpengaruhi minda seseorang? bagaimana kita nak bercakap dengan orang yang tengah meroyan? macamana kita nak buat orang yang tengah meroyan tu cool down..

honestly, 2 hari berkursus memang tidak cukup untuk menjadi pakar dalam bidang ni. yalah.. orang tengah marah, korang rasa korang masih nak berdiri kat depan dia sambil memikirkan bahasa apa yang sesuai untuk dipakai? biasanya bila orang marah, kita pun terjangkit energy marah yang sama kan? atau pun, diam memendam rasa, pastu jumpa kawan-kawan untuk lepaskan kemarahan kita plak. then, energy marah tu berjangkit plak pada kawan-kawan dan mula lah tertubuhnya kumpulan anti-bos. ngehehehe.. ni biasa ni, kat mana-mana pun boleh terjadi.

kesimpulannya, ilmu NLP ni patut dipelajari oleh orang yang suka marah atau selalu menjadi mangsa kemarahan orang lain. ada kah orang dalam dunia ni tak pernah marah? mustahil kan? orang ayu macam saya ni pun (ceh, perasan!), pandai marah ok!! orang kata, orang-orang yang jarang marah ni, jangan dicabar. kalau marah, memang luar biasa jadinya, betul tak?

actually, kaedah NLP ni bukannya khas untuk perasaan marah jer, malah merangkumi semua kategori emosi. kaedah ni juga mengajar macamana kita nak menggantikan emosi negatif tu kepada positif. alah.. teori-teori yang dah biasa kita dengar kan? tapi, pengamalannya bagaimana? sudah biasa kah?

as for me, mengamalkan fikiran dan tindakan positif memang selalu cuba-jaya la kan.. kadang-kadang memang tak dapat dielak. ada kah orang yang dapat mengelak daripada fikiran negatif? mustahil kan? so, benda-benda negatif ni sebenarnya bukan untuk dielak, tapi untuk ditangani dengan baik. nak menangani tu plak perlu la dilengkapi dengan bekalan-bekalan yang bersesuaian. macam nak keluar berperang lah, takkan nak lenggang-lenggok jer kan, bawa la senjata-senjata atau pelindung diri kan?

so, dalam kursus ni, peserta diajar bagaimana menangani emosi negatif dengan kaedah Circle of Excellent dan Anchoring. mungkin kat sekolah dulu korang pun pernah melalui pengalaman ni, dimana cikgu suruh tutup mata dan cikgu suruh kita membayangkan perkara-perkara yang best-best sedang mata kita tertutup. saya tau, ramai di antara kita, masa buat tu tersengih-sengih atau berbisik sesama sendiri, seolah-olah tak yakin dengan apa yang dicakapkan oleh cikgu. bagi yang khusyuk plak, rasa terawang-awang dan mengantuk. boleh pakai kah amalan-amalan sebegini? kita rasa tak yakin kan? hahh.. sebab tu korang tak score 11A masa SPM! hehehe..

honestly, saya pun rasa tak yakin gak. tapi memandangkan semua orang buat dengan serius, saya pun buat-buat serius la kan. bila buka mata, errmm..  rasa mengantuk la plak. rupa-rupanya, menurut penceramah, kalau rasa mengantuk, tu lah paling berkesan. really? baru teringat buku The Power of Your Subconcious Mind. menurut penulis, saat yang paling efektif untuk kita mempengaruhi fikiran kita adalah 15 minit sebelum masuk tidur. hehehe.. yang ni saya memang expert! sebelum masuk tidur, memang banyak perkara-perkara best bermain-main di fikiran saya. angan-angan la tu..

pulang rumah, macam biasa la, melayan karenah danieL yang semakin ‘menggeramkan’. geram juga sejenis emosi kan? kadang-kadang, bila dah tak tahan, memang terkena juga penampar kat bahu anak tu. alah… skit jer la, dengan niat nak mengajar. tapi, berlainan plak bila dah melalui pengalaman Anchoring. semasa tangan ni dah mula rasa nak menampar, tetiba teringat bahawa saraf-saraf kat tangan saya ni dah ditanamkan dengan emosi sabar tadi. huhu.. tak sangka begitu kuatnya pengaruh NLP yang baru dipelajari.

skang saya sedar bahawa saya sangat bertuah berpeluang mempelajari kaedah NLP, walaupun mungkin tak 100% difahami. actually, dah lama dengar perkataan NLP ni, dah lama rasa teringin nak tau, akhirnya tercapai juga hasrat hati. sape kata saya jarang marah dan susah nak marah? itu mungkin kat ofis, korang tak tau citer kat rumah. ngehehe.. tapi skang saya yakin saya adalah seorang yang penyabar.

psst: internet sangat slow, so gambar tidak dapat diupload buat masa ni. huhuhu..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply