danieL.. jom tengok wayang?

percubaan membawa danieL tengok wayang dah masuk kali yang ke-3.

percubaan pertama – Kung Fu Panda II

sejam pertama, selepas popcorn (L) dan 2 gelas mango juice dihabiskan oleh danieL, dia dah mula rasa tak tenang. abah dia bawa kuar, belikan lagi stok makanan dan masuk semula ke panggung. nampaknya usaha tidak berhasil, danieL masih merengek-rengek sambil menunding ke arah pintu keluar. terpaksa lah abah menurut kan saja perintah danieL, sambil umi bersantai melayan citer wayang sampai habis. kekeke.. hasil percubaan adalah 50%.

percubaan kedua – Transformers (Dark of The Moon)

No-no-no, dari minit yang pertama danieL tak senang duduk. mungkin sebab sebelum masuk panggung, kami bawa dia main keta-mainan-pakai-token, so dia rasa cam tak puas jer. atau.. sebab sound system dari panggung terlalu menakutkan, dengan suara-suara robot yang tak semerdu mana. alamatnya, rugi jer la beli tiket untuk 2 seat, abah sorang jer yang layan citer tu sampai habis. umi dan danieL menghabiskan masa selama 2 jam setengah di playground. hasil percubaan adalah 0%.

yeah!! playground is the best!! kan umi? kan?

umi.. why you silent? you didn’t answer me. playground is the best, kan?

dalam hati umi, “no.. optimus prime is the best!” hahahaha…

percubaan ketiga – Harry Potter and The Deathly Hallows (Part II)

awal-awal lagi abah dah cakap, kalau kali ni misi failed lagi, abah bagi peluang umi plak yang tengok citer ni sampai habis. dalam hati saya, “yeker? boleh percaya ker tu?”. kali ni menu tambahan ialah jagung rebus kegemaran danieL, malangnya 5 minit pertama dia dah mula nak ajak keluar. tengok kat abah, macam buat-buat tak layan jer. memang sah, janji tinggal janji la tu. tapi, saya pun tak nak mengalah gak. nak tengok gak citer ni sampai habis!! so, perlu fikirkan strategi win-win situation.

memandangkan danieL asek nak kuar, saya bawa dia duduk depan pintu. miahahaha.. serius!! macam ber-picnic plak kami depan pintu tu. memula danieL tak puas hati gak, sebab dia tak berani kuar sendiri, so dapat tengok keadaan luar dari celah-celah pintu jer, tapi memandangkan takde sape yang sudi bawa dia kuar, terpaksa la dia mengalah. sekejap lepak dengan umi, sekejap berlari plak nak duduk sebelah abah. nasib baik seat yang kami ambik tu seat paling belakang dan paling tepi, dekat dengan pintu. ada gak la 2-3 orang yang kuar gi toilet, pastu sempat melawat tempat kami ber-picnic. kekekeke… hasil percubaan ialah 100%. yeahh!! tak rugi beli 3 seats!!

anyway, semua movie kat atas tu is a MUST watch movie, ok! so, tak payah nak review-review lagi, beli tiket skang (selagi stok masih ada).

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply