danieL & foods

Sejak kena CB yang paling teruk hari tu, selera makan danieL semakin bertambah baik dari biasa. Sape tak happy kalau anak rajin makan kan? Walaupun dalam hati malas gak melayan nafsu makan dia tu..

Pantang tengok umi dia bersantai, ada je strategi danieL suruh saya bukakan peti sejuk. Maklum la dalam peti sejuk tu ada macam-macam feveret dia. Vitagen, potato chip, dutch lady milk, chocolate, jagung, kacang, coco crunch.. macam-macam la. Kadang-kadang kesian gak tengok dia tercari-cari bila stok makanan dah habis,terutamanya vitagen tu, cepat sangat habis, mana tidak, dalam sehari bole habis 3 botol ok. Vitagen tu plak cepat sangat expired, so kalau beli hendak lah berpada-pada.

Selain junk food, danieL juga sangat suka makan nasi kosong yang direndam dengan air suam. 3 mangkuk boleh habis ok. Actually, lepas habis 3 mangkuk pun dia masih nak lagi, tapi kekadang saya plak yang ragu-ragu, boleh ker bagi dia makan sampai 4 mangkuk? So, saya bagi minum susu jer la lepas tu, takut plak kalau terlebih kenyang sampai muntah. Huhu..

Anyway, lauk-pauk dia tak seberapa nak makan. Ayam goreng boleh, tapi hendak lah dimakan sebelum makan nasi, sebab kalau makan bersama nasi, aktiviti mengunyah dia agak lambat dan selera makan dia boleh terbantut. Sayur berkuah boleh la dimakan bersama nasi dalam kuantiti sedikit. Telur goreng? No-no-no!!

Fried mee pun one of his feveret tapi nasi-air is still the top #1 la. Popcorn, oh ya, sejak dah pandai masuk panggung wayang, dia la partner abah menghabiskan popcorn. Sweets? No-no-no, umi tak kasi ok!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply